Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Adalah zalim.
Zalim tak semestinya perlakuan kepada orang lain. Juga perlakuan pada diri sendiri. Seperti memakai kasut kiri pada kaki kanan. Bukan hanya akan menyebabkan sakit pada jari-jari dan juga pada kaki. Bahkan akan menyusahkan pergerakan ketika berjalan. Menyebabkan tidak imbang kepada ayun dan gerak badan dan mengakibahkan sakit sendi dan pinggang. Kesemua ini menyusahkan diri. Tidak melakukan adil kepada diri. Bermakna perbuatan yang tidak bijak itu telah menzalimi badan sendiri. Begitu juga menghirup sup dengan garpu. Bukan sahaja perbuatan yang bodoh. Juga zalim kepada diri kerana tak akan tercapai sesuatu hasil yang baik.
Melakukan perbuatan yang ternyata berdosa adalah menzalimi diri sendiri kerana kelak diri itu akan diseksa di neraka. Lantas pesan Rasulullahi sollalLahu 'alaihi wassalam, supaya (seperti komen kenakalayan) agar kita sentiasa beristighfar dan banyak berdoa, misalnya doa yang sering dibaca pada sujud terakhir dalam solat:
RABBI INNI ZALAMTU NAFSII FAGHFIRLI FA INNAHU LA YAGHFIRUZ DZUNUUBA ILLA ANTA.
Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri. Ampunilah daku. Sesungguhnya tak ada yang Maha Pengampun melainkan Engkau, Ya Allah.
Memilih bukan ahli sebagai ketua, juga satu kezaliman. Atau ketua tidak melakukan tanggung-jawab sebagaimana yang diperlukan pada tugasnya. Adalah zalim. Kepada dirinya dan kepada pengikutnya.
Jadi intisari hadith-hadith dan firman Allah SWT pada entri sebelum ini adalah tentang kezaliman.
Seperti komen KKK, "biasalah" adalah ungkapan yang timbul dari sikap yang zalim kerana ia merupakan satu keredhaan terhadap perbuatan zalim yang telah dilakukan. Dan keadaan ini sudah jadi kebiasaan yang membimbangkan. Amat membimbangkan. Bagaimana untuk menukar keadaan ini? Kata Yut, "Bermula dengan diri."
Setiap hari kita tersua dengan berita kezaliman. Pembunuhan, perompakan, penipuan dan pelbagai lagi.
Jangan berdiam diri. Kerana perlakuan ini akan menzalimi diri sendiri.
Nota: Gambar hiasan di ambil pada dinding kedai di sebuah Lorong berhampiran Jalan Petaling, KL. Pelukis zalim dan tempat gambar itu diletakkan juga zalim.
23 comments:
Salam Bro Keng,
Baca, hayati, termenung seketika, fikir agar berusaha untuk buat perubahan. Terima kasih entri ini.
Kita menzalimi diri kita setiap hari and we also do it to others everyday. But Allah is Most Forgiving and Dia juga Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati, dalam otak, apatah lagi yang dah keluar.
You cant hide.
All you can do is to Doa for His Forgiveness all the time, doesn't matter if you have or have not done anything zalim.
Tapi kalau dah tau benda tu zalim, minta maaf, dah tu buat lagi.....minta maaf lagi, buat lagi, minta maaf lagi and so on and so forth.... camna lak? Boleh jatuh Munafiq ka camtu?
Contoh nye orang keje bank, yang conventional especially. Hari2 kira RIBA...... lepas tu smayang minta ampun. Abih smayang, kira RIBA lagi. Camna tu? Tukar keje buat akaun lak. Buat placement kat FD .... RIBA lagi. Ramainye munafiqun....and zalimuun....
We need not talk about Pembunuhan, perompakan, penipuan dan pelbagai lagi.
Our everyday lives are full of kezaliman. Tengok Pompuan tak tutup aurat, listening to Datuk Siti Norhaliza, watching guys in shorts in the sports channel, using credit card and paying monthly minimum balance, reading gossip (fitnah), eating too much during open houses or any other time, even celebrating raya (when we should actually celebrate Ramadhan-with prayers) is zalim. And most of all... delaying d 5 prayers. Zalimnye kita!!
Oh btw, is practising democracy considered zalim? I believe there's no democracy in Islam. There's only Al-Quran and Sunnah, and a bit of ulama's consensus.
tuan keng,
saya setuju. definisi zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
gambar yang tuan letakkan itu, adalah satu siri daripada grafiti2 yang dilakukan oleh seseorang (atau sesebuah kumpulan) secara terancang di sekitar lembah klang. saya pernah buka satu link kepada video ala dokumentari yang saya rasa dihasilkan pihak terbabit. banyak lagi dinding yang dizalimi mereka.
anonymous,
i believe there is democracy in Islam, embedded as part of a system which is more grand than those made by man.
a part from the list of long series of everyday 'kezaliman' you mentioned, there is one basic 'kezaliman' that you forget to mention; the lack of effort to seek knowledge and to be educated.
Meletakkan sesuatu pada tempatnya ...mmmm yang susahnya ramai yang tak tahu mana tempat nak letak , tempat pun tak tahu macam mana nak letak ...semoga kita-kita semua dijauhkan dari lupa tempat
Menidakkan sesuatu kebenaran juga separuh dari kezaliman........
assalamualaikum,
membenarkan kezaliman berlaku juga boleh dikira berlaku zalim.
menafikan hak juga zalim, tak kiralah hak orang lain atau diri sendiri.
mengenai pekerjaan di bank seperti kata anon 1:03, elok ditambah dengan usaha untuk mencari pekerjaan lain, dan hati juga membenci perbuatan riba itu. nau'zubillah.
Keng,
:p, I believe you have stirred a bee-hive here.
p.s. message kartun tu kira zalim jugak ke atau kena pada hak nya? :p
Salam lagi :)
Kebetulan entri terkini Sdr. Jiwarasa memperkatakan tentang buku Filsafat Pendidikan Islam Prof Naquib Al-Attas, dan saya tertarik dengan ungkapannya 'keruntuhan adab berlaku bila kita tidak berlaku adil dengan menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya'
Entrinya itu banyak kaitan dengan entri Bro Keng ini.
Zalim. Itu mesti kita tentang. Tapi bak kata Tuan Keng, pakai kasut terbalik pun zalim. Memang benar.
Tapi berapa ramai yang sedar mereka zalim terhadap diri sendiri. Dan berapa ramai pula yang sedar mereka zalim terhadap orang lain (atau buat-buat tak sedar).
Kesenangan dunia akan mengabui semua.
Ayahanda, kadang-kadang hal-hal keduniaan juga kita lali yang ianya juga berkaitan dengan sesuatu keadilan dan kezaliman. Cuma kadang-kadang orang dok tanya meletakkan kenderaan di tepi paip bomba di hadapan kedai makan di sebelah jamiyah, salahkah? sedangkan tiada berlaku kebakaran semasa ia meletakkan kenderaan itu..satu lagi contoh.. melanggar lampu merah persimpangan bukit tol gunung semanggol bukit merah jam 3 pagi..
ada kaitan tak?
Tuan,
Saya baca..saya hayati..saya muhasabah diri..terlalu luas pengertian zalim..
Mungkin tuan boleh jawab komen anon tu,saya pun nak tahu, tentang buat benda zalim..minta ampun..buat lagi..minta ampun..adakah dikira munafiq..
Maklum manusia memang tak lepas pandang dari melakukan kezaliman, lebih2 lagi pada diri sendiri.
saya tak pernah pun berfikir mcm tu.. terima kasih atas peringatan ini keng bey :0)
Sang pecinta kata
melanggar lampu merah persimpangan bukit tol gunung semanggol bukit merah jam 3 pagi..
Ini cuma pandangan saya;
Keadaan sekarang ni, baik terus je kalau tak de kenderaan dari arah lain, kang jadi macam satu kes rompakan; hanya kerana mengikut undang² berhenti kat lapu do'mang(trafik lait)dia dirompak geng mat rempit, tak ke naya. Tambah kalau tempat terpencil, yang jauh dari orang, kalau kata berlaku kecederaan, tak ke saja² mati katak kat situ.
Keng, banyak kategori zalim dan yg ketara juga ialah zalim kepada alam sekitar.
Banyak hutan rekreasi telah dicemari sampah, sungguh mengaibkan.
Aku mencadangkan agar kotak rokok dibuat dari bahan boleh di makan biar usai saja perokok menghabiskan duapuluh batang rokoknya, mereka terus memakan kotaknya sekali so tiada sampah kotak rokok yang tak mudah hancur itu.
Keng, zalimkah aku?
B Rampai:
Salaam Dik Rampai,
Terimakasih di atas petikan dari buku Prof. Syed Naguib. Semua kepincangan bermula dari kezaliman.
Anon 1:
Taubat adalah menyedari akan perlakuan yang salah; menyesali akan pembuatannya, memohon keampunan di atas kesalahan yang dilakukan, dan tidak mengulanginya.
Orang yang kerja bank sekarang ada pilihan sama ada untuk bertugas dalam bahagian konvensional atau tidak konvensional.
Sayuti:
Tepat sekali Yut. Malas mencari ilmu menzalimi diri.
Airmas_sz:
Tidak tau tempat sebagaimana kata Yut, kerana tak mau mencari ilmu. Tapi kadang-kadang mereka buat terlupa.
Pa'chik:
Terima kasih Pa'chik. Saya sokong.
Puan DITH:
Tapi sekarang lebah sedang mengamuk dah. Merata-rata. Mungkin grafiti tu zalim kerana diletak pada tempat yang tak sesuai. Di lorong yang terpencil!
Tuan Pegawai:
Tapi sebenarnya mereka menzalimi diri sendiri.
Sang Pencinta:
Perbuatan itu perlu ditanya, "Adakah aku akan menzalimi sesiapa?"
Anggun:
Jawapan pada komen Anon 1 dah dilaksanakan. Terima kasih.
:Simah Hanim:
Itulah kuncinya. Jangan lupa menyoal diri sebelum melakukan apa-apa jua.
Pa'Chik:
Betul Pa'Chik. Sekiranya ada kemungkinan bahaya pada diri. Baik cabut.
Lope:
Ahh Lope, lama betul beraya kali ini. Sebagaimana firman Allah, bahawa kemusnahan alam adalah kerana tangan manusia sendiri. Manusia lupa bahawa sebagai khalifah, alam ini adalah juga diamanahkan kepada mereka.
Kalau rokok dapat dicipta begitu, nanti ada pula pengeluar rokok yang meletakkan pelbagai flavour pada puting rokok. Ini tak zalim.
NOTA:
wihong, samp, yoy, ruyom, kok, San, kelly, honyang, dan aston telah melakukan kezaliman kerana meletakkan komen mereka di tempat yang salah.
Seorang sobat saya, selepas mengikuti berita-berita tentang perhimpunan tuan punya keris dan selendang merah, baru-baru ini, menghantar sms yang berbunyi: kita senyum dengan hati yang menangis, tapi deme menangis dengan hati yang senyum.
Komen miya tepat. Cuma, bilang Pak Ungku Aziz, M harus dilaksanakan dengan cermat dan munasabah, Yakni tak menzalimi. Walaubagaimana betul jangan matikan mati.
SEKIAN ADANYA.
Terbaca di blog lain, yang mana menyatakan perkataan 'adab' bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Terus saya teringat pada entri Tuan Keng di sini.
Mungkin pepatah lama itu harus diubah: biar mati anak, jangan mati adab.
Post a Comment