Powered By Blogger

Monday, October 09, 2006

Nuzul Quran

Besok KL akan penuh sesak.

Jangan ke KL kalau tak sabar. Jalan TAR, terutamanya kawasan Masjid India, Sogo dan Pertama Komplek akan diserbu oleh manusia dari Seremban, Klang, dan lain-lain kawasan yang berhampiran. Juga Sungai Wang, Lot 10 dan KLCC.

Entah apa yang mereka cari saya sendiri sampai ke hari ini masih belum mengerti. Yang pasti mereka mencari panas dan dahaga. Serta mencari peluang untuk menghilangkan kesabaran.

KL masih berjerebu weiii! Baiklah duduk di rumah.

I.

Nuzul Quran berlaku pada 17 Ramadhan sewaktu Rasulullahi solallahu 'alaihi wassalam mula menerima wahyu dari Jibrail. Sewaktu itu Baginda berusia 41 tahun. Dan ayat pertama yang dinuzulkan adalah ayat kelima pertama dari Surah Al Alaq yang bermaksud:

Iqra'. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


Kebetulan pula hari ini jatuh dalam bulan Ramadhan. Bulan yang mengajar manusia antara lainnya, kepada keinsafan, kesabaran, kedermawan, kebaikan dan juga ketaqwaan. Dan al Quran pula menjadi pedoman untuk manusia menentukan antara haq dan bathil.

II.

Mulai esok pula saya akan bercuti dari berblogging. Untuk berusaha supaya sempat khatam al Quran dan sekiranya ada peluang untuk beriktikaf. Insha Allah.

Taqabalallahu minkum.

14 comments:

Anonymous said...

Keng,

Semoga berjaya menjumpai malam Lailatul Qadr. Ingatkan kami dalam doa mu.

Minna waminkum taqaballal al amin

Mama Pongkey said...

Minna minkum taqabbalna ya Karim!

Ditto pesanan DITH.

Bunga Rampai said...

Bro Keng, salam.

II. Terharu.

Sang Pencinta said...

amin ya rabba 'alamin, semoga kita bersama berusaha mendekatkat diri kepada ke..kata2 moden ni 'zoom in'..cuma pelik jugak waktu2 tarawih ada yang zoom in depan t.v..lebih minat si dia daripada maha pencipta kut..mana pencinta tahu ni..pencinta menge'zoom' jugak ke...tawa riang..pencinta mungkin minat sikit cuma kelebihan internet digunakan sepenuhnya..acara yang siaran langsung bisa saja dirakam..wallahu a'alam

KakNi said...

Selamat berehat blogging, semoga khatam hendaknya.

HCI said...

Keng, terasa suspense nak berdoa di malam lailatulqadar tahun ini, kerananya di tahun yang lepas pada malam itu ku berdoa, salah satunya adalah "ya Allah, jauhkan aku dari penyakit yang merbahaya seperti cancer dan jika ada permulaannya, sembuhkanlah ya Allah!"

During the next one year, what I prayed came my way, ya lah, macam mana nak sembuh kalau tak berubat kan?

O.K selamat berjaya.

Ordinary Superhero said...

Ayoh Keng,

Semoga dimakbulkan.

maklang said...

InsyaAllah khatam tu...ada beberapa hari sebelum tamatnya Ramadhan...

sinaganaga said...

Kawasan yang paling lembab = Taiping.

Kawasan yang paling kering = Jelebu.

Kawasan shopping tahap dewa yang paling berjerebu = Kuala Lumpur!!!!!

Ha ha.

p/s: Kim salam kat Kak Nor. Banyak buat kuih tahun ni? Dengar cerita, Blues Gang main kat Alang Sendayu. Betul ke?

Sya said...

Tuan Keng

Selamat Menyambut Hari Raya

simah said...

Hayırlı Ramazan Kutlu olsun Keng Bey.. Maaf Zahir dan Batin :0)

takdenama said...

terimakasih kerana menyinggah di blog saya. maaf saya tak tau no. akaunnya.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya!

Anonymous said...

Selamat Hari Raya!