I.
Aku kerap menerima panggilan daripadanya pada larut malam. Jiwanya yang sedang aktif menjana informasi baru tentang Islam, membuatkannya tak bisa lelap. Justeru aku sering mendapat missed calls sekitar jam 11 malam daripadanya.
"Kenapa?" tanyaku.
"Kami orang Cina tak mau jadi Melayu," ujarnya.
"Apa perkaitannya dengan Islam?" tanyaku.
"Di Malaysia itulah hakikatnya," beliau membalas.
"Chris," kataku, "siapa yang bilang Islam tu Melayu? Orang Melayu lebih kepada budaya Hindu, daripada Islam."
"What?" dia bersuara terkejut.
"Chris, cuba perhatikan bagaimana orang Melayu bersanding. Tepung tawarnya dan perhiasan mempelai lelakinya dengan hiasan emas. Peranan kelapa dalam adat bercukur jambul dan adat melenggang perut. Dan banyak lagi adat-adat Hindu dalam acara perubatan terutamanya dalam jampi mantera. Apa kurangnya pula pada budaya yang masih diwarisi oleh orang-orang Melayu, seperti wayang kulit yang menceritakan epic Ramayana?" aku berhujjah.
Chris diam sejenak. "So we can still remain as Chinese..."
"Chris, tell your friends that there are more Muslims in China than in Malaysia. And that they are not Malays but still trueblue Chinese. There is even no compulsion for you to change names."
"Oh, I am so glad. Assalamu alaikum," beliau menyudahi perbualan.
II.
Pada akhir bulan ini kita akan merayakan 'Eidulfitri. Akan berhiaslah rumah-rumah di kampung dan di bandar dengan lampu-lampu dan pelita ayan (dari iron containers) dan buluh. Adat apakah ini?
Di India, setiap tahun sempena perayaan menyambut kemunculan cahaya selepas kegelapan; simbolik kepada kebaikkan mengatasi keburukkan, orang-orang Hindu akan menyalakan lampu-lampu di rumah-rumah mereka. Penganut Hindu mempercayai pada malam ini roh-roh akan pulang kerumah masing-masing. Dan lampu-lampu yang dipasang adalah untuk menunjukkan jalan kepada mereka untuk pulang dan pergi. Kebetulan pula pada tahun ini perayaan ini adalah beberapa hari sebelum 'Eidulfitri.
Perayaan Deepavali atau Diwali merupakan hari merayakan kemenangan Krishna dalam pertarungannya dengan Narakasura. Lampu-lampu adalah untuk merayakan kematian Narakasura dalam pertarungan tersebut. Krishna bukannya dipanggil Mr. oleh penganut Hindu, tetapi Lord. Mereka menyembahnya. Bermaksud, Deepavali adalah untuk merayakan hari kemenangan tuhan mereka dalam peperangan dengan tuhan yang jahat. Tuhan Krishna yang baik telah berjaya membunuh tuhan Narakasura yang jahat!
III.
Selamat berkongsi raya kepada orang Melayu yang menjadi teladan yang amat membimbangkan Chris. Sendiri tanggunglah akibahnya.
N.B. Chris, jangan bimbang, perayaan Tahun Baru Cina akan kami rayakan kerana ia bukan perayaan agama. Sebagaimana ianya dirayakan di negeri China oleh umat Islam.
17 comments:
selamat berpuasa untuk bro keng juga
ayahanda
nak tunggu seminggu terakhir bulan puasa...kut2 dgr lagu p.ramlee versi tamil dalam bentuk rmix
Memang betul Pak Keng sebab ibu sayapun mualaf, dia selalu cerita pasal prasangka orang cina terhadap orang melayu
Kalau kawan Pak Keng tu berkemampuan, mungkin dia boleh pergi melawat orang muslim di negara china dan bermuzakarah dengan dia orang mengenai islam (dari perspektif orang cina)
Ayah Keng,
Wa caya lu.
Wa pun tatak laya itu api punya laya. Tok Batin bilang, tatak bole. Tok Batin pun laya sama gua.
Salam Bro Keng,
Berdasarkan pengalaman, dan seperti kata Chris, ya begitulah hakikatnya di Malaysia.
assalamu'alaikum w.b.t.
betul la tok, saya baru mendpt email yg pengirim asalnya adlh Saudara MOHD FAUZI MUSTAFFA (rasanye bkn ustz Fauzi Mustaffa yg selalu masuk TV tu), Shariah Dept, CEO's Office, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (TAKAFUL MALAYSIA).
Beliau mengatakan bhw di antaranya:
"Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam. Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang."
..astaghfirullahal'adzhim..sesungguhnya saya dah byk kali terlanjur..kata laa..
White trash-tahot ja KGB-taustat omaavat jälkeläisineen, vierasperäisyyttä ihannoivat rotupetturihyysärit eivät ymmärrä omaa parastaan http://www.kavkaz.fi ja http://seppo-lehto.blogspot.com kertovat kansakunnan taistelusta roskaajiaan vastaan
Keng,
Dah beberapa kali anda cerita kpd kami ttg Chris ni dan betapa dia minat dgn Islam. Dia dah Islam belum? :p
As usual your entry has hidden cynical messages. Hope people get them.
Ku Keng,
Re Chris and Melayuisation, there are actually two sides to the story, and each one tells on the other.
I've heard many stories from Malays who've been told by so-called Chinese friends that they became afraid of Islam because of Malays. Surely Malays are not Islam, and the Chinese aren't stupid not to recognise that. Besides, there's an inherent racism here, of looking down at Malays as trash. Malay businessmen trash? Unethical? Maybe so, some of them. But then are Chinese businessmen any better? I think everything given, the Malays are probably some of ther most accommodating people in Asia.
Many Chinese converts have been ostracised by their families. I know of one who died of cancer among his Muslim Malay friends who gave him support in his illness but whose family didn't even want to give a look in. This treatment is not given to Chinese converts to Christianity, Sokai Gakkai, what have you. Why? Because to be seen to be embracing the religion of the Malays is wrong. Why? Think about that.
Your friend Chris should be told the truth, that he should first cleanse his heart and rid it of Chinese chauvinism before he can become a Muslim. And then he can go to China to look for the millions of Chinese Muslims there, and then, from there, maybe even further, to all parts of the world, where Muslims are not Malays.
i guess the skeptical feelings Chris has making him feels rather uncomfortable..
(m in the same boat) i guess!
know but still dont have any idea the reason to hesitation!
Ramai ke yang tak mahu 'jadi Melayu'?
Kenapa? Haprak sangatkah?
I was Chinese Turkoman. I was Muslim. I know it was different in my time, but nowadays you'd need balls to be one.
nih belum isu 'potong anu' lagi nih...
tuan keng,
memang tercatat dalam sejarah, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu beragama Hindu. disebabkan itu, adat2 Hindu masih diwarisi sehingga sekarang, tanpa sedar.
adat angpow duit raya pulak, macam mana?
takdenama:
Kembali. Selamat hari raya pulak sekarang.
pencinta:
Pirate CD mungkin dah keluar.
~ahni~:
Kawan-kawan tu baru pulang dari China dan mereka amat tertarik dengan kehidupan orang Islam di sana. Menjadi Melayu tu hanya prasangka di kalangan yang tua-tua.
Yeop Harley:
Jangan caya Tok Batin tu Yeop. Mereka suka makan kera.
Dik Rampai:
Yang menjadi Melayu tu tak menghayati Islam.
Mc Kay:
Jadi sekarang dah diperingatkan maka jangan ulangi. Betul tak?
Madah Berhelah:
Berkah tu lebih berkahwin di masjid. Mengikut hadith, yang mengurangkan belanja itulah yang diberkati.
Seppo Lehto
Kitos.
Puan DITH:
Harap-harap begitulah. Mereka akan lebih memahami tentang perayaan. Yang boleh dan yang tak boleh.
Chris sudah bersyahadah.
NBB:
Ya tahun ni jangan gi Sungai Siput.
KKK;
Chris bertanya sekadar mencari bahan untuk berhujjah dengan teman-temannya dari temple.
Menggalakkan kerana ketua temple sendiri ke China dan amat tertarik dengan keadaan di sana. Beliau bertekad untuk mengambil syahadah dan sudah pula merancang untuk mendirikan Masjid China.
Kini chauvinists mula memberanikan diri untuk bersuara lantang. Di Parlimen dan di lobinya, mereka tak lagi menyorok-yorok dengan pendapat mereka. Bacul betul MP2 Melayu yang dipilih untuk mewakili orang Melayu. Tak berani menjawab dan mempertahankan keadaan. Kalau LKY kata kaumnya terpinggir di Malaysia. Sebenarnya kaum Melayu terbirai dinegeri sendiri.
Chris is now a Muslim and he has managed to convince her niece, a murtad to revert to Islam. Currently he is actively propogating Islam among the old folks at his club.
paalam:
The teaching of Buddha says that if you discover truth in any religion or philosophy, do not hesitate to accept it.
Naga:
Yang haprak tu Naga yang sememangnya Melayu. Habis hak-hak Melayu diserahkan dengan senang.
Zheng He:
You are not a Turkoman.
Sayuti;
Isu itu tak menakutkan mereka.
Ang pow itu budaya Yut. Itu kamu kena agihkan pada raya ni. Tak ada excuse lagi.
Pak Keng .. saya orang sungai siput .. terasa wooo ...
tapi kat sini ada majlis berbuka puasa dan sumbangan moreh yang diadakan di dewan convention .. ramai orang orang bukan islam pun pergi mungkin untuk mengetahui apa bezanya majlis berbuka dan sumbangan moreh... saya rasa yang penting sumbangannya ... moreh ke tidak entah .. ..
I.
Cerita lama ayah saya:
Cina : Waa takut oo masuk Melayu
Ayah : Apa pasat?
Cina : Takut kena potong wooo..!!
II.
Tuan Keng, bagaimana jika menyalakan lampu semata-mata menceriakan perayaan, letak pada niat bukan pada adat?
Bagaimana pula?
III.
Selamatkah?
Post a Comment