Satu hari lalu dan hari ini aku telah menerima dua mesej yang menarik. Agak menarik kerana secara kebetulan ada perkaitan antaranya.
Yang pertama adalah sms yang agak panjang dari temanku al ustaz di pedalaman Sabah. Yang kedua dari dua mel yang diterima pada petang tadi, tentang Prinsip 90/10 yang masyhur dari guru motivasi Steven Covey, yakni: '10% dari hidup anda terjadi kerana apa yang langsung anda alami; dan 90% dari hidup anda ditentukan dari cara anda bereaksi.'
Sms panjang dari al ustaz (nama-nama ditukar untuk keselamatan yang diperlukan), rengkasnya:
Dayang, berasal dari Semenanjung telah berkawin dengan Jack, seorang mualaf dari pedalaman Sabah. Jack berniaga kecil-kecilan di Pahang. Pada tahun 2004 Dayang, yang sedang mengandung pulang ke kampung suami bersama anak perempuan berumur 2 tahun untuk jaga mertua yang sakit. Suami tak pulang kerana bekerja dan belajar agama serta untuk menjimatkan perbelanjaan.Langsung saya memanjangkan sms ini kepada teman-teman dengan pesanan, jangan mencari penderma untuk jumlah yang banyak. Mencukupi sekadar RM10 setiap seseorang, kerana lebih ramai lebih baik. Jumlah yang dianggarkan tak lah banyak. Sekadar RM3000 untuk menguruskan segala keperluan logistik. Kini Dayang dan anak-anaknya sudah dibawa ke tempat yang selamat.
Setelah sekian lama di Sabah, Dayang tak dapat pulang kembali ke semenjung kerana masalah kewangan. Dia tinggal bersama mertua, abang ipar dan biras yang mempunyai 6 anak. Abang ipar adalah pastor di SIB. Rumah mereka pula adalah pusat aktibiti SIB.
Beberapa bulan berikutnya Dayang melahirkan anak ke-2 di Sabah. Abang ipar dan mertua sentiasa pujuk supaya Dayang ikut agama mereka dan anak-anak pula dibawa ke gereja setiap minggu. Kebetulannya seorang haji dari Indonesia telah masuk Kristian setelah penyakit kanser yang dihidapnya sembuh setelah disembahyangkan dan didoakan di gereja; dan lelaki ini kini aktif sebagai pendakwah kristian kerana keajaiban penyembuhan penyakitnya. Mualaf yang murtad juga ramai di sana, dan kalau tak murtad pun mereka sentiasa mabuk-mabuk. Bermakna Muslim di situ tak dapat diharapkan untuk apa-apa keperluan.
Dayang terpaksa membanting tulang empat kerat menebas hutan, tanam padi huma dan tanam sayur. Tetapi segala hasil menjadi milik keluarga. Jadi tak ada peluang baginya nak kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Suami yang bergantung kepada komisyen jualan pula semkin merosot pendapatannya dan tak mampu kumpul duit untuk bawa anak isteri pulang semenanjung.
Mertua semakin bengis dan Dayang berasa mereka sengaja buat begitu untuk memberi tekanan agar Dayang ikut kemahuan mereka. Abang ipar membuat hukuman bahawa anak-anak mesti diasuh dalam agama asal mereka. Kalau Dayang keladang maka anak-anak mereka dibagi makan masakan babi dengan alasan anak-anaknya yang minta.
Akibahnya Dayang dan keluarga mertua bergaduh dan tegang sepanjang masa gara-gara agama. Aktiviti agama mingguan di rumah mereka, Dayang dipaksa masak dan melayani tetamu. Tak ada pilihan kerana tinggal dengan mereka.
Pengalaman mahal empat tahun ini membuka matahati Dayang. Dalam ceritanya kepada isteri al ustaz dengan loghat Sabah, "Sangat besar rahmat dan belas kesian Allah pada saya kerana titisan iman masih ada pada saya. Saya mau mulakan hidup baru."
Seperti kata S Covey. Apa yang berlaku adalah kejadian langsung. Selebihnya menunggu tindakan kita.
Insha Allah Bunga Rampai akan menyebarkan maklumat tentang nomor akaun yang berkait. Bergantung kepada tindakan anda.
5 comments:
trajis sungguh!
Akan membantu ikut kemampuan.
adun islam buat apa kat sana???
Semuga Allag lindungi Dayang dan anak2 sehingga mereka dpt pulang. Dah dpt detail dr blog BR tadi.
fillah...
Post a Comment