Powered By Blogger

Wednesday, November 26, 2008

Haru Biru







Itu mufti-mufti mau kasi marah sama saya ke; kasi halau ke; kasi haram ke, itu raja mesti dulu punya tanya. Tadak tanya kalu, banyak susah punya hal. Sikarang tengok apa sudah jadi? Situ haram, sana haram, sini halal, situ halal.

Satham podathe!

Tepuk dada tanya selera.


Sumber Gambar:
Wikipedia. Patung yogi di Birla Mandir, Delhi.




8 comments:

shafarina said...

Pelik.

Selama ni tak ambil pusing hal agama.

Tiba2 mereka bersuara.

Darjat lagi tinggi dari ulama kah?

Sya said...

Saya pernah praktis yoga tapi tak le dibuat emmmmmmmmmm begitu atau duduk begitu, cuma buat sebagai exercise pergerakannya. Itu yg banyak dilakukan di fitness centre hanya pergerakan.. tapi jika dilihat di Astro 108 dlm satu rancangan yoga memang ditunjukkan cara melakukan yoga dengan mengaitkan dgn hinduism.

Terfikir jugak since when halal haram jadi penghalang .. mende yg dah tentu arak, judi, zina dsbnya memang haram masih orang buat.. tak peduli pun.. ini pulak yoga..

memang betul tepuk dada tanya selera..

Ordinary Superhero said...

Ayoh Keng, memang haru biru dan bertambah kelabu sekarang nih. Islam Hadhari...kita kena lah menjaga perasaan kawan Hindu Sangam kita dulu sebelum fatwa dikeluarkan.

Pegawai Khalwat said...

Nak tergelak pun ada juga saya baca berita tu tuan Keng.

Raja marah sebab fatwa tak melalui mereka. Ini dah jadi masalah besar. Pangkat lebih utama dari ilmu!

Contohnya samalah dengan tukang masak yang handal, memasak mee goreng resepi turun-temurun. Tiba-tiba saja didapati kicap mee yang digunakan tidak halal, lalu tukang masak tidak menggunakan lagi kicap berkenaan.

Tiba-tiba tokey kedai marah, kerana dia tidak diberitahu terlebih dahulu. Sedangkan yang membuatkan kedainya laku adalah tukang masak itu. Lainlah kalau tokey kedai itu juga bekas tukang masak pakar. Ini setakat tahu masak nasi dan goreng telur.

ha ha ha..... nak ketawa lagi.

Anonymous said...

bro,masukkan saya dalam apa juga doa bro.


jones

Anonymous said...

Ha ha ha ha, saya rasa la, ulam kat Msia ni macam orang mati pucuk. Dok kalut cari gingseng la, guanara la, tongkat ali la, etc etc.

Maknanya depa ni in denial of maksiat dan haram besar yang dok bermaharajalela di Msia nih, tetapi dok irritate people tang halal haram Yoga.

Orang tanya saya (saya ni Islam la), Doktor buat Yoga lagi ker?

Jawab saya, "Buat, bagus what?" Ambil prinsip la. Dalam Yoga, kita sebenarnya disamping pergerakkan fizikal, kita buang segala macam benda dalam minda, cuma tumpu pada detik semasa. Saya orang Islam, Yoga saya lagi mendekatkan kepada Allah. Selain dari buang segala benda dalam minda (terutama hasad dengki, iri hati, geram, takbul, riak, panjang angan2) saya juga mengigati Allah, Subhanallah walhamdullilah....dan selawat nabi.

Yoga mengajar tumpuan yang lebih baik untuk mempraktikkan sufism. SALAH KER???? Macam RPK kata la....haram ker kita naik kapalterbang yang dicipta oleh kafir, haram ker kita pakai tali leher....akhir kata BODOH BETUL LA...SIAPA BODOH? LU FIKIR LA SENDIRI NABIL.

Eh komen macam gini boleh tak? Kalau orang kat parlimen riuh, minta maaf aje le. Jangan riuh, cermin diri dulu. Lagi pula tu banyak benda lain yang patut dibahaskan untuk tolong rakyat.

Rokok haram, tapi orang dok merata menghisap rokok. Nanti haram is such a common happenings. Haram jadi kebiasaan. Hadhari ker? Kalau saya dah lama harakiri.

Aku rasa mung tahu siapa nih.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Yang pasti dari pengamatan saya, senaman yoga kini bertambah popular, dan ramai yang mahu ambil tahu latar belakang yoga, ramai kalangan kawan-kawan tak kira agama/bangsa yang tak senaman yoga kini bersenam yoga. DVD yoga laris dijual, buku yoga diberi perhatian!

Harunya pada akal yang dangkal.

Birunya pada hati yang mati.

Saya geleng-geleng kepala mengenangkan oh tanah airku!

arsaili said...

salam..patung yoga tapi buncit..nampak sangat yoga ni tak baik untuk kesihatan..ahahha