Powered By Blogger

Friday, November 16, 2007

Cue




Rampai bertanya, "Bro tak ikut berarak ke?"

Saya menjawab:

Sedia Berkhidmat telah mengambil sikap untuk mengubah sikap.

”Kita bertindak mengikut keperluan rakyat. Ikut cue mereka.” Agaknya itulah yang menjadi dasar tindakan mereka masakini, berdasarkan kepada tingkah laku mereka kebelakangan ini.

Justeru apabila Bi-Pi-Ar memasukki kawasan Bukit Sejahtera di mana terletak markas mereka, cue yang mereka baca daripada maksud nama jabatan itu adalah ’cegah’ maka mereka pun mencegah pegawai-pegawi Bi-Pi-Ar dari menyiasat dan menangkap bos mereka. Sengit jadinya. Hampir-hampir merusuh. Sehingga bos berkait terpaksa membuat persidangan akhbar. Cuba meraih simpati dari rakyat, kerana mereka dizalimi oleh pegawai Bi-Pi-Ar. Seluruh bukit hadhir untuk mendengar keluhannya. Tapi tiada jalan keluar akhirnya. Bos itu sekarang bercuti umrah. Mungkin berdoa supaya bala yang terbesar dijatuhkan ke atas pegawai-pegawai Bi-Pi-Ar. Tepat sekali hadith yang mengatakan bahwa pada akhir zaman, umrah dan haji menjadi destinasi pelancongan.

Bulan dulu di Kuala Terengganu, diwarwarkan ceramah di Batu Buruk. Maka cue pada mereka adalah buruk. Padahnya. Buruk sekali.

Minggu lalu, cue yang diterima adalah ’bersih’. Maka gedebe-gedebe Sedia Berkhidmat menunggu di merata penjuru dengan meriam air untuk membersihkan apa jua yang lalu dan lintas. Kuyup jadinya warga berbaju kuning. ”Bersih, bersih,” laung ketua kumpulan. Berjaya tidak, gagal pun tidak. Tapi big bos mereka, Pi-Em, gembira. Itu yang penting. Pi-Em amat gembira.

Jadi rahsia dalam melakukan apa jua adalah untuk memberi cue yang tepat. Cari yang positif. Sekiranya tujuan adalah untuk sapu, maka ikutlah Dr. Toyo. Sambut mereka dan anugerahkan mereka dengan penyapu. Misalnya pada zaman hippies dulu kala, cue yang diberi oleh barisan anti-perang Vietnam adalah love, maka askar dan polis pun semuanya disematkan dengan bunga dan mereka terpaksa senyum. Sinis. Itu yang penting. Make Love Not War, laung mereka.

Dalam tribunal kes video yang melibatkan seorang peguam, nama peguam itu Lingam. Jadi kes itu pun lingam jugalah. Tanya pada Loppies apa maksud lingam. Lope pasti tau kerana jiran-jirannya di Tremelbye ramai berbahasa Tamil.

Amat melucukan. Negara kita penuh dengan kelucuan. Bangunan yang dihuni belum di Belum, runtuh dan ranap. Lucu sekali. Mari kita tunggu apa komen menterinya. Mungkin katanya, "Apa, tuan-tuan ingat malapetaka tuhan kasi turun pun, menteri juga kena jawab ke?"

Minggu lalu saya menalipon YADIM.

Saya : "Assalamu alaikum Ustaz. Ramai ke yang murtad tahun ini?"

Ustaz : "Wa alaikumus salam. Apa?"

Saya : "Ya la Ustaz, kalu saya tanya ramai ke yang masuk Islam, susah pula Ustaz nak jawab. Jadi baik saya tanya Ustaz tentang bilangan yang murtad!"

Ustaz dan Saya. Spontan : "Kah kah kah”

Kini juga zaman koridor. Koridor Selatan, Koridor Timur, Koridor Utara, Koridor Borneo, Koridor Tengah . Yang termasyhurnya adalah KL, Koridor Maksiat. Agaknya bila lagi Menteri Wilayah akan melancarkannya.

Aku teringatkan Usman Awang dengan sajak Melayunya.


23 comments:

Anonymous said...

Tuan "Cue" Keng,

Gambar kat atas Visit Malaya tu pun dah lama pakai T-shirt "BERSIH"!

Saya pun dah meluat dengan suasana kat Malaysia ni.

Sidang Parlimen, Siasatan Jenayah, Siasatan Bee Pee ARR, dan Kes mahkamah semuanya dah jadi episod Gitu-Gitu Apek atau Macam-Macam Aznil.

hjghaz

Anonymous said...

Pak Keng dok turut serta ke haritu, kawe jam haritu nak naik train pun dok dang..

Pa'chik said...

dok leh nok gi hari tu.. rase kesal lah jugok... tapi rase-rase, kalu dok kene lagu... ade pulok kek gi.. bulang satu ni ke... tengok la brape ghiyal rege minyok naik...

KakNi said...

Pak Keng rasa what will be the next item in the 'cue' list? I bet the problem of rakyat miskin tegar, jenayah sosial and mostly related to Islam will be the very bottom list considering the situation in the country now.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Ini parah.

Kalau perarakan dimestikan memakai jean, dan mereka mengaggap jean sebagai cue, andaikanlah apa yang bakal terjadi. Mungkin Jean akan diserang bertalu-talu.

Chika Chika said...

walaupon isi tulisan encik keng ni agak berat bagi seorang budak mentah macam saya, saya tetap berasa terdesak utk membaca....

shafarina said...

Salam,

Amat tidak meyakinkan sekali jika PM benar-benar pasti beliau akan memenangi pilihanraya jika diadakan dalam masa yg terdekat ini.

Tindakan saat2 akhir utk mengotakan janjinya awal perlantikan beliau dulu nampak sgt tak cermat (kes BPR, kes video, komen2 dlm perhimpunan umno). Ditambah spekulasi minyak dan tol naik, kes PBT dan kes tidak selesai menantunya tu..

Mak Su said...

hohoho, susah susah aje nak pelancaran.. tak yah pelancaran, ala ala tahu sama tahu udah ler

Anonymous said...

Balik umrah, keno caj lagi! Kayo sengoti beruk ning. Ado ladeng kelapo sawik pulak doh, di Sabah.

Pok kawe pun kerjo polis jugak. Tapi gak, nyo paka sikkar buruk jo. Dok gatih tok tek, tok tek.

Anonymous said...

Kita beruntung ada pi-em yang boleh mengimami solat jenazah ibu; boleh berdoa, dan boleh berbincang pasal agama. Sungguh untung.

Sekarang ni dia pesan, "Jangan cabar saya (saya pengamal nasrul haq, jadi nanti bila saya melenting parah semua!)"

orang bule

Kaklong Syikin said...

salam,

hmm..tak tau nak kata apa dah..

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Saya ingatkan main snooker dan persembahan pentas saja ada 'cue'.

Ha ha ha....

Psss... dulu warna hijau di anti.
Sekarang kuning pula.

Kalau buat tiap-tiap tahun macam ni, maka yang anti kaler-kaler tu berbogellah jawabnya.

Anonymous said...

Tuan Keng,

Khabarnya minggu depan ada perarakan hitam. Barisan Bertindak Hindu akan berpiket di depan kedutaan British kerana mengutuk tindakan kerajaan Inggeris membawa nenek moyang mereka ke Tanah Melayu dan tidak menjanjikan hak-hak kepada mereka.

Selepas gelombang kuning,hitam pula. Harap-harap cue yang diambil bukannya 'hentam'

Queen Of The House said...

Kita tengok hari Ahad ni apa pulak yang berlaku. Looks like weekends are not meant to be enjoyed outdoors anymore .... nanti sangkut dalam traffic jam lagi. Sedih, the state of affairs.

Pa'chik said...

anonymous,
hak hak.. itu kerja orang nak mencarik sokongan la tuh... kalau lah semua orang ostrolia, cina melaya dan temasik pun nak tuntut... mau papa kedana british...

elok nya kita jugak buat demo kat depan konsul british pun... tuntut mereka amek balik yang mereka bawak tuh...

Anonymous said...

Tuan Keng

Ingatkan gi kat supermarket aje ade Q. Hehehehehehehe.

Pee Em nanti kata..."u dont like me when i am angry" atau "dont make me speaking london". hehehehe lebih bagus dari "saya pengamal nasrul haq, jadi nanti bila saya melenting parah semua!)"
HAHAHAHAHAHAH

Anonymous said...

Kaum India mengadu tidak dijanjikan hak sewaktu dibawa kemari. Hak apa? Yang datang kesini kesemua kaum pariah di India yang memang tak ada hak yang mereka ada. Jadi nenek moyang mereka sebenarnya berebut-rebut untuk ke Malaya kerana dapat lari dari gejala pengkelasan yang membezakan antara kelas touchables dan untouchables.

Baca sejarah kembali dan sedarlah diri.

Anonymous said...

Dari catitan sejarah:

Following the establishment of the British trading port in Penang, the English East India Company brought in Hindu labourers from South India to develop the new colony, while others came in as traders. An indication
of their presence, he noted, was the Sri Maha Mariamman Temple in
Queen Street, which was founded in 1833.


Hindu labourers dari kelas Harijans bukan Brahmin. Untouchbales yang tak ada maruah dan nilai pada masyarakat Hindu di India sehingga kini.

Cuba tanya sepupu saya Khoo Khay Kim kalau tak percaya.

blackpurple @ jowopinter said...

Macam-macam koridor. Semua untuk memenuhkan kantung sendiri. Kantung marhaen..?

Bunga Rampai said...

Menurunkan kata-kata Guru untuk direnung bersama:

"Bersiaplah kita untuk masa depan yang kelabu. Ketiadaan harmoni."

Apakah cue kita untuk pernyataan tersebut?

Anonymous said...

tak suka cue cue. tak suka potong cue.

Anonymous said...

kadang kadang..
dihujung hujung koridor itulah dilonggok barang barang buruk

Anonymous said...

Bro Keng,
Tidaklah hamba tahu makna linggam itu sebenarnya walaupun ramai rakan rakan baik hamba dari golongan kaum India. Adapun Linggam itu yang hamba tahu ialah nama kepada seorang lelaki kaya yang bijak bistari yang tersohor pula namanya mengharum seantero Kampung Soyuz. Pun yang hamba tahu cuma makna nama Thiruna Varakasu kerana nama itu kepunyaan seorang penyair/pemuisi India Kuno yang gah dan hebat pada zamannya.

Harap haraplah Bro Keng dalam kesihatan yang baik baik, berhati hatilah setiap masa kerana banyak benor kemalangan jalanraya, disamping itu banyak juga berlakunya kemalangan pemikiran/kemalangan maruah/kemalangan peradapan/kemalangan iman dan kemalangan kemalangan itu lebih parah kerana mangsanya selalunya cuma sakit dan tidak mati, Bro Keng, apalah gunanya kalau hidup hanya berdepan dengan kesakitan.

salam Bro pada family mu.

loppiess