Powered By Blogger

Friday, November 09, 2007

bangsa lupa








Pi-Em jaguh berbicara
Memang juara

Menteri ghairah mencium keris pusaka
Penuh retorik
Berapi-api segala kata

Tenggelam isu semasa
Kerana ….
Semua berbangga
Melayu telah mengangkasakan bangsa

Sewaktu abang di udara
Adik telah mendiang
akibat melanggar tiang

Anih ….
Pada teori Doppler
Untuk mengakibatkan sebegitu hentaman
Harus berjalan dengan kelajuan
Beratus kilometer per jam!

Banyak perkara
Tapi aku pun Melayu
Semua dah lupa





Gambar:
Ihsan news.my.msn.com



13 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Cantik sajak :)

Bangsa Angkasa: mba2u.blogspot.com/2007/11/bangsa-angkasa.html

Fikir - mencari di mana letak nilai dan maruah sesebuah bangsa.

mba2u said...

terima kasih bunga rampai ;-)

Anonymous said...

salam
en keng..
:)

MYA MARJA said...

Nak lihat angkasa raya, naik kapal orang. Nak buat kajian, kajian orang. Nak tumpang gah, gah orang. Mula-mula jadi penumpang, esok lusa, ada kapal sendiri kot. Namun, dalam menumpang itu, tambangnya masyaAllah!

Pa'chik said...

bangsa angkasa ni...
yang selalu di awangan lah kan tuan keng?
ekekeke...
koya lah tu...

Anonymous said...

Adakah fokas berlebihan kepada isu perpaduan dalam perhimpunan ammu kerana hubungan antara kaum di Malaysia terlalu teruk atau kerana politikus bersongkok dan berkeris nak pastikan sokongan berterusan?

shafarina said...

summarizes all current issues :)

Mak Su said...

tumpang lalu sat... sesaja je, nak baca sajak bangsa angkasa

Pegawai Khalwat said...

Kaya kaya....

Gerai yang hidup beberapa hari di luar itu bukan murah harganya.

Tu pun dihurung tak sangga.

Orang kita memang oportunis sementara.

Nasib baik tak dihabiskan duit lagi dengan siaran langsung. Kalau tidak, habis diharuskan semua pekerja semata menonton itu semua.

Kalau belanjawan tu tak apalah jugak; harga yang naik kita yang kena tanggung, jadi kita kena tau.

zizie ali said...

yg pasti
harga barang sudah diangkasakan

Kaklong Syikin said...

salam,

dalam makna sajak ni..sapa makan cili terasa pedasnya...

KakNi said...

Adik telah arwah

Butaseni@Wan Raja said...

salam tuan,
huh saya juga teringin nak cium keris warisan bangsa tu hehehe.
ada teori konspirasi ka tuan keng berhubungan mmendiang langgar tiang?