Powered By Blogger

Monday, October 29, 2007

lim dan chan




Hari ini Lim dikebumi. Haru.

Bermuka-muka pujian untuk Lim. "Rakyat Malaysia yang banyak berjasa", kata PM kini.

Isteri mantan PM pun datang. Penuh hurmat dengan bertudung.

Hanya bintun mantan PM belum mengesyorkan lagi majlis tahlil pelbagai kepercayaan. Mulai dengan Imam Faisal bertahlil. Kemudian paderi nasrani; kemudian tok sami dan kemudian tok swami. Last mungkin tok batin. Sama seperti acara untuk ayahnya seminggu dua minggu lalu. Penutup doa selamatan oleh Imam Faisal lagi. Begitulah pada majlis ayahnya.

Aku menalipon kawan di Bukit Aman.

"Amacam?"

"Ya lah. Kami putus harapan. Seandainya IGP kini bersara, tak ada canlah dapat kerja lagi. Gaji sebulan di sana bersamaan gaji saya sekarang untuk selama 10 tahun," sahutnya.

"Begitu ke?"

"La. Lim tu besar jasanya kepada bekas anggota Sedia Berkhidmat. Banyak membuka mata ex-bos-bos saya tentang hukum-hakam. Seorang yang dilantik pengerusi meja judi, mengesahkan yang judi tak ada dalam Koran. Hanya maisir yang diharamkan. Kan ini pembaharuan. Kalau bukan Lim yang memberi 'hidayah' ramailah mat kampau seperti saya ni yang miskin!"

"Bertenang," kata saya. "Mungkin anaknya tak lupa"

Lim. Raja judi diagung-agungkan.

Seperti juga Rani tarian bogel, Rose Chan. Dilegendakan dalam drama yang akan dipentaskan.

Kehabisan modal kita semua.

Apa kata Pegawai Khalwat.




notakaki:
mat kampau? Tanya sinaganaga!




11 comments:

Pa'chik said...

hahah... kata igp sekarang, dia orang meskin.. kekekek...

ku keng.. buleh jadi dio nok ajok riping mamat sekali kot...

Saladin Convoy said...

Tumpang tanya, Imam Faisal tu siapa? Takkan Imam Faisal dari Masjid Al-Farah di New York tu kot? Hohoho...

Ordinary Superhero said...

Bintun mantan PM? oh indah sekali gelaran itu walaupun susah nak disebut...sesusah menyebut nama hasben bintun mantan PM itu sendiri.

Mak Su said...

kah kah kah... aduhaii..... tak reti nak cakap.

Anonymous said...

Keng,

:))

Keberkatan sudah hilang. Apa tak nya, semuanya bergantung kepada duit dari tokeh gunung ni. Kalau tak silap dia ni bukan rakyat sini pon! Haru!

Bintun mantan ni memang dah lama saya perhati yang pemikirannya dah bercelaru. Dia tak boleh bezakan antara hukum Allah swt, tradisi dan logik. Dia pakai bantai semua sama sahaja ! Yang paling sedap, dia sentiasa fikir dia betul!

shafarina said...

Ya, dia banyak "berjasa", ikut kata orang2 besar nun.


ps:xIGP tu, 3-4 keturunan pun duit tak habis lagi. betullah kata kawan keng tu.

Anggun said...

Tuan, tambah haru bila x-IGP dilantik jadi 2nd man acara tahlil (wake) untuk tuan Lim..saya istighfar tuan.

Pegawai Khalwat said...

Ampun Tuan Keng, saya lambat menjengok. Agak sibuk dengan tugasan hakiki yang dilonggokkan selepas raya.

Lim,
Orang tua ni, saya tak reti nak komen panjang. Selain daripada cukai yang dibayarnya entah ke mana mengalir. Harapnya tidak ke darah daging kita.

Chan,
Entahlah Tuan Keng. Saya tidak tahu kenapalah orang tua ini juga yang dipilih menjadi subjek sebuah teater? Kerana dia seorang lagenda?

Rasanya ramai lagi yang lebih layak. Entahlah. Tapi tidak hairanlah kalau melihat pada siapa yang menulis skripnya. Pasti mereka mahu mengangkat etnik sendiri. Nak pula Rose Chan ini memang hidupnya kontroversi di negara ini.

Ada satu babak yang dilakonkan oleh watak utama, akan digunakan teknik tertentu menampak seolah pelakon itu berbogel. Nah! Itu satu permulaan, tak lama lagi pasti tidak hairan jika ada yang berbogel.

Dipentaskan pula di tempat Lim kita tu, siapa yang nak komplen kan? Sedangkan adegan bercium di teater bawah tanah yang selalu tenggelam itu pun tak pernah dihebohkan.

Sudahlah....

(Heran betul, kalau aku komen blog Keng mesti panjang berjela)

Rujukan : http://clovetwo.com/articles/story.asp?file=/2007/10/16/celebstop/19163419&sec=celebstop

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Gelak baca. Marah pun ada. Antara gelak dengan marah itu, ada sedih menyelit. Aduhai, tanah airku!

sinaganaga said...

wo ho ho. menyedir sungguh entri Keng pada kali ini.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Ini namanya HARU BIRU.
Lim mati: haru
Tarian Chan, kalau dibikin filem: biru

ha ha