Powered By Blogger

Friday, January 12, 2007

Saf




Gambar ini mengingatkan saya kepada pesanan Sayyidina 'Umar al Farouk @ 'Umar al Khattab. Khalifah kedua. Sememangnya ada beberapa sabda Rasululullahi sollahu 'alaihi wassalam tentang maudhuk yang sama. Berkenaan saf solat.

Ketika peperangan untuk menaklukki Palestin terlampau berpanjangan, maka Sayiddina 'Umar pun membuat lawatan mengejut untuk menilai keadaan. Didapatinya tentera Islam di bawah 'Amr ibn 'As r.a. bersemangat kental dan gagah berani. Akan tetapi pada malam harinya Sayyidina 'Umar mendapati mereka tidur nyenyak dan pada solat-solat berjemaah pula, safnya renggang dan tak teratur. Solat juga diringankan.

Apabila keadaan ini diubah setelah ditegur Sayiddina 'Umar, keadaan di barisan peperangan mengalamai kemajuan. Tak lama kemudian kemenangan ternyata pada pihak Islam.

Sayiddina 'Umar al Farouk yang dihina dengan panggilan 'anjing' oleh kaum syi'ah, mempunyai kewibawaan yang tinggi. Sewaktu kejatuhan Palestine, pada 636M, dalam peperangan Yarmuk, Patriach Sophoronius sebagai kepala agama dan ketua bandar itu, bersetuju untuk menyerahkan bandar itu sekiranya Sayiddina 'Umar, sebagai Khalifah Islam, datang sendiri ke Palestine untuk menerima penyerahan kota Palestine. Pertemuan antara dua kepala negara atau pasukan itu sungguh dramatik, mengikut Anthony Nutting seorang pengkaji Sejarah Kristian, "'Umar memberi satu pengajaran kepada para pemimpin tentera Kristian dan para bishop tentang tawwadhuk. Penyerahan kota Palestine itu diterima 'Umar dalam keadaan pakaian yang bertampal-tampal dan dengan hanya menunggangi keledai." [The Arabs, New American Library, N.Y. (1964)]

Sewaktu menerima kekalahan tentera atau kerajaan Kristian Palestine, Khalifah 'Umar dalam ucapannya, yang dikenali sebagai Perjanjian 'Umar, menyatakan:
"Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Ini adalah wa'ad (perjanjian) pada mana 'Umar, hamba Allah; sebagai Amir kepada kaum Mukminin, janjikan kepada penduduk Aelia. Dia memberikan mereka keselamatan pada nyawa, hartabenda, gereja-gereja dan salib-salib mereka. Mereka tak akan disusahkan dalam hal-hal agama mereka dan juga tidak akan ditindas... sesiapa yang meninggalkan bandar ini akan dijaminkan keselamatan pada diri dan hartabenda, sehinggalah mereka tiba kepada destinasi tujuan mereka."

Balek kepada gambar di atas. (Klik disini dan nilai sendiri apa yang tersurat.) Sekali pandang, hebat nampaknya. Jemaah di Malaysia, bersolat tak kira tempat. Di padang-padang dan di kaki lima. Merata-rata.

Pertanyaan pada diri saya adalah, "Siapakah yang menentukan bahawa sah solat Juma'at dengan saf yang putus seperti dalam gambar tersebut. Ada yang dibawah pokok dan ada pula di tepi jalan untuk keselesaan." Apa kata kalau bawa saja kereta ke tepi kawasan itu dan mengikuti khutbah dalam keselesaan dari dalam kereta? Saya berharap-harap akan kawan saya Sayuti, Yeop, atau sang pencinta, taklah termasuk dalam saf bawah pokok.

Sekiranya peperangan Palestine menjadi tanda-ukur, maka jauh lagilah kemenangan bagi umat Islam di Malaysia, dalam bidang apa sekali pun.

Dan ini juga peringatan pada diri saya sendiri.


15 comments:

NATO said...

Assalamu'alaikum..tok..
memang benar tu ...saf putus2 dlm solat jumaat secara terang2an..org islam berpuak2 tidak bersatu..budaya kafir mengkafir menjadi2.. kesemuanya menyumbang kepada bala dan musibah yg menimpa negara ni...terutamanya kepada umat islam.. memang betul bidalan yg mengatakan..kayu sebatang mudah dipatahkan tapi seberkas kayu yg diikat belum tentu terjejas kerapuhannya..
'Bersatu kita teguh bercerai kita roboh'

Yeop-Harley said...

ayah keng
jumaat tadi syaya terus masyuk dalam mesjid.cari tiang boleh syandar baik punya,
syasa kira lebih baik dr org solat kat syakirin KLCC tu.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Baca. Hayati. Fikir-fikir.
Terima kasih entri ini.

Pa'chik said...

orang kita tuan keng, kalau dalam solat pun susah nak bersama, dalam perjuangan Islam lagi la.
Hinggakan akhir-akhir ni, banyak orang bukan Islam sesuka hati memaki dan mengata-ngata tentang Islam, sedang tak pernah jumpa orang Islam memakihamun tentang ugama mereka (Jangan kira masa ceramah ugama, deme pun akan kata kita ni golongan yg sesat juga). Ditambah lagi dengan kumpulan orang Islam (Islam lagikah mereka) yang turut sama memalu gendang di kala si kafir itu bernyanyi.

Semoga Allah selamatkan negara kita ini dari apa juga bencana.
Maaf jika terlari dari topik ya tuan keng, cuma saya agak kesal dan sedih dengan keadaan akhir-akhir ini.

blackpurple @ jowopinter said...

Saya setuju. Dan malu.

Kalau di saf pun kita putus-putus begitu, di luar saf lagilah sukar untuk bersatu....

zizie ali said...

mereka beramal berdasarkan kadar ilmu yg mereka ada. dan itulah hasilnya.

Unknown said...

Tuan Keng,

Saya pernah sekali mahu mencuba solat Jumaat di Masjid KLCC itu. Memang terkejut melihat ramainya yang bersidai di bawah pokok, macam orang bekelah pula.

Mungkin, Masjidnya tak cukup besar untuk solat Jumaat.

Eh...siapa pula yang ambil foto tu? Tak solat Jumaat ke dia? :)

KakNi said...

Hahahah, saya pun nak tanya soalan yang sama macam bro jiwa.

Pak Keng, yang warna merah tu hape? Carpet ke? Sapa yg letak kat situ?

maklang said...

tulah dia....kena belajar betul2lah hukum hakam agama ni. jangan main taram aje...


bencana alam di Malaysia nampaknya menjadi2...takut dan insaflah!

panwalla said...

Mereka bukannya jemaah yang lambat ke masjid. Datangnya awal tapi kerana tabiat, mereka hanya mencari saf dibawah pokok.
Sungguh aneh.

Sayuti said...

terkedu saya untuk memberi komen di sini, tuan. cuma, insyaAllah, saya akan berada dalam masjid. jika lewat pon, di bahagian belakang yang ada fountain tu.

dith said...

Masalah saf yang putus adalah gambaran simbolik yg menunjukkan bahwa penganut Islam di Malaysia tidak bersatu.

Jika masalah sekecil menjaga saf ketika solat tidak dijaga, apa lagi dalam hal2 yang lebih besar?

*itu kan gambar AFP. Yg mengambilnya bukan muslim la tu

Unknown said...

Iyo la pak Keng.... ahad pon jalan gak.nak buek cam no... ari2 cuti skarang ni.... kodai seronok sebab jual aiskrim kek budak skolah rendah. Kalau tak, cuti lai bagus.

Saya tengah buat dissetation pasal Islamic Banking kat Malaysia ni. Pak Keng ada idea nak tolong ka? Kita ada site diskusi Islamic Banking ka?

Thank you.

Kaklong Syikin said...

salam,

salam kenal bro. Keng..

terkedu melihat gambar ni..nampaknya, masalah solat pun tak selesai lagi, mcmanalah nak selesaikan masalah yg besar lagi..

nak tumpang lalu sikit ya bro., utk blogger Masak yang buat dissertasi Islamic Banking ni, sila ke http://www.zaharuddin.net/ . website Ust. Zaharuddin ni mmg berkaitan ngan ekonomi islam, termasuk perbankan islam, ada juga diselitkan isu2 semasa mengenai Islam.
harap maklum

Ku Keng said...

NATO:

Salam Cik NATO.

Memang tepat, jemaah laksana ikatan kayu. Tapi janganlah pula jemaah menjadi seperti kayu.

Yeop-Harley:

Sambil sandar jangan tidur Yeop. Kalau Yeop naik ke atas lagi baik. Berpermaidani dan berhawa dingin.

B Rampai:

Salam Dik Rampai.

Terima kasih kembali. Jemaah di bawah pokok juga sedang berfikir. Bila nak hujan dan kalau hujan nak lari ke mana.

Pa'chik:

Sekarang timbul pula JIL. Jemaah Islam Liberal. Diimpot dari Indonesia. Terlampau banyak gejala-gejala baru, dan sesama kita asyik duk menghukum dan memaki hamun.

blackpurple:

Di luar saf mereka buat donno je.

Jiwa Rasa;

Dan yang datang duduk di bawah pokok tu bukannya datang lewat. Mereka dah jadi tabiat untuk ke situ sahaja. Foto ehsan AP.

~ahni~:

Ya memang pengambil gambar tak solat.

Yang berwarna merah tu bukan carpet. Jogging track!

maklang:

Sama-sama kita berdoa maklang untuk dihindarkan dari malapetaka dan bala.

panwalla:

Betul tuan. Mereka pencinta alam. Mungkin dari Greenpeace.

Sayuti:

Saya pun sama Yut. Tapi tak terserempak pulak.

Puan DITH:

Mereka bersatu dalam hiburan.

masak:

Berniaga itu sunnah.

Dissertasi tentang apa? Nanti saya akan berikan tips. Cuba baca site Tareq Diwani untuk pandangan yang agak radikal. Yang lain-lain hanya maklumat biasa.

Syikin:

Salam kembali Cik Syikin.

Dan saya baca pengalaman Syikin tentang orang-orang yang berjumaat juga seakan-akan.

Terima kasih di atas situs ustaz Zaharuddin.