Powered By Blogger

Sunday, March 08, 2009

Lampu bisa Bantu





Tatkala Ayah berpindah ke Dungun sementara menunggu arahan berpindah lagi ke KL, kami terus menetap di KTrg, kerana membuat persiapan untuk berpindah terus mengikutnya nanti. Sewaktu itu aku baru dalam tingkatan 1.

Aku masih ingat suatu minggu sewaktu Ayah pulang ke KTrg pada penghujung minggu, beliau mencari-cari wayar dan soket untuk memasang lampu. Aku pula diarahkannya untuk memanjat tingkap dan menyelitkan wayar dan soket yang kini sudah dipasang lampu 25W ke dawai yang tersangkut pada atap. ”Untuk apa Ayah,” tanyaku.

”Supaya lorong tak terlampau gelap.” Jawapnya. ”Esok maulud nabi,” sambungnya lagi, ”Kita terangi lorong ini sempena sambutan maulud, semoga kubur kita juga bercahaya.” Aku masih ingat pada pesanan itu.

Rumah kami di tepi pasar malam, dan setiap hari apabila sekitar tengah malam akan terdengar bunyi bising atau orang berlari-lari melalui lorong di sebelah rumah kami setelah pulang dari berniaga. Mereka, terutamanya kanak-kanak atau wanita, sengaja berbuat bising atau berlari-lari kerana ketakutan disebabkan lorong itu gelap pekat. Apa sangatlah cahaya dari lampu 25W yang digantung setinggi 20 kaki dari bumi. Menerangi jauh sekali tetapi sekadar memberi cahaya kesamar-samaran adalah. Aku tak pasti setakat mana jasa lampu kepada pengguna lorong kerana selepasnya kami jarang-jarang sekali pulang ke situ. Khabarnya selepas adanya lampu tersebut, keriuhan di waktu tengah malam berkurangan. Tapi timbul pula masalah kedua yakni, menjadi tempat berkumpul yang baru kepada mat-mat gian.

Esok adalah hari Mauludur Rasul. Meskipun ramai yang membid’ahkan amalan sambutan kelahiran Rasululullahi sollahu ’alaihi wassalam, aku tidak perlu mempedulikan pendapat mereka. Setahu aku Ayah terserlah manfaahnya dari antaranya keraiannya kepada maulud. Matinya senang dan dalam keadaan yang terbaik, dan namanya diingati dengan linangan air mata dari sahabat-tolannya lama selepas beliau meninggal.

Allahumma solli wassalim wabarik ’alaih wa ’ala aalih.


4 comments:

Anonymous said...

:)




jones

umar_skyscooter said...

Aslkm,nice blog walking,erm kalau ade mase,silalah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok bye

umar_skyscooter said...

Aslkm,helo,nice blog ler,erm nak ajak tuan rmh ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Tersentuh dengan tulisan ini. Terima kasih.

Aneh, dalam terang lampu pun masih ada bahayanya!

Pada jiwa-jiwa yang tenang, begitulah kesudahannya sebuah kehidupan - bercahaya.

[selawat]