Thursday, February 19, 2009
Gembar kerana Gambar
Hari itu ramai yang berkerumun di luar kawasan Mahkamah. Bukan mahkamah sipil, tapi mahkamah syariah. Anehnya yang berkerumun itu ramai yang bukan Islam. Pastinya bukan Islam kerana ada yang berskirt, dan ada yang berseluar katak. Ada yang berserban Singh dan ada juga yang bersari.
Dulu pernah juga sebegitu ramai, tapi bukan aman seperti sekarang. Dulu riuh rendah kerana ada demonstrasi. Hari ini bersejarah pula mahkamah ini. Yang muka-muka dulu datang untuk memprotes nampaknya lebih aman.
Aku menghampiri untuk membuat sibuk. "Ada apa?" tanyaku pada si Singh.
"Ini gambar punya hal juga. Itu satu Melayu ada curi-curi tangkap gambar itu satu perempuan Cina. Bogel-bogel."
"Abis apa hal pula dibicara disini?" memang aku bingung sikit hari itu.
"Aaiya," si perempuan Cina di sebelah menyampuk, "Ini Cina hali ini mau kasi bukti lor. Itu laki-laki ada bikin zina lor."
"Zina? Sama sapa?" lagi aku bingung.
"Sama itu pelempuan lor. Itu laki dulu dia punya kawan lor. Manyak jahat. Culi-culi angkat gambar. Aaaiya, ini macam tatak siok lor. Sendili kawan punya gambar kasi internet." Amoy itu menyambut.
"Abis apa macam bawa sini?" aku mencari keterangan.
"Ji," Singh pula membalas, "Itu Melayu Islam punya orang. Ini Mahkamah untuk Islam punya orang juga."
"Tapi itu perempuan Cina!" aku pintas jawapannya. "Kan dulu bukan Islam membantah tidak mau menyertai apa-apa perbicaraan dalam Mahkamah Syariah?"
"Buto buto," amoy menjawab, "tapi ini punya hal, kita kasi spesel lor. Mau buto buto kasi itu Melayu kena hukum lor."
"Ya ya," jawab Singh, "kita mau itu hudud. Kasi itu hakim hukum pukul 100 kali sampai itu Melayu mati!"
"Ooh, sekarang macam-macam bolehlah. Bicara di Mahkamah Shariah boleh dan hudud pun mau!" aku merungut dan terus pergi.
Wednesday, January 28, 2009
Oh Gaza


Anak Gaza,
kedinginan menanti pelanggan
Seusai pengeboman,
Dan Yahudi masih belum jauh diluar sempadan!
Apa sudah engkau hilang ingatan?
MARLBORO
Produk dari Philip Morris
Sumbangan ke Kerajaan Israel = 12% dari keuntungan
Kira dianggarkan jualan setiap hari di Negara Arab (Muslim) = US$250 juta
Kira dianggarkan keuntungan dari nilai jualan @ 10% = $25 juta setiap hari
Sumbangan oleh orang Arab ke Israel = $3 juta setiap hari
Monday, January 26, 2009
Gerhana Pertama
Allah SWT jadikan peredaran musim dan suasana alam di dunia ini bersandarkan kepada matahari dan bulan. Cahaya matahari memanaskan alam dan menggerakan air dari bumi ke udara dalam bentuk awan. Angin dan hujan; pasang dan surutnya air di laut dan peredaran musim sama ada dua atau empat, kesemuanya berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada matahari dan juga bulan. Begitulah kesan cahaya yang Allah SWT jadikan sebagai penggerak tenaga alam. Apakala berlakunya gerhana, maka terputus atau terkuranglah aliran cahaya ke bumi dan teranjaklah keadaan dibumi dari suasana kebiasaannya. Mungkin berlaku ribut dan taufan; hujan atau kemarau; keadaan haba panas atau sejuk dan pasang atau surutnya paras laut di bumi. Hanya dengan sedikit sahaja cahaya yang dikurangkan akan begitu ketara akibatnya.
Keadaan matahari dan bulan juga penanda akhir alam. Sebelum kiamatnya dunia maka peredaran matahari pula mengikut Hadith Rasululullah, akan beranjak dari axis pusingannya.
Maka wajarlah apakala ada perubahan pada kedua matahari dan bulan dari keadaan lumrahnya, kita bersolat dan berdoa kepada Illahi minta dijauhkan dari malapetaka dan bala. Kesemua ini tidak dianggap sebagai perederan yang biasa-biasa yang tidak siginifikan kepada keadaan dunia.
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Kemudian beliau rukuk lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama. Selanjutnya beliau sujud.
Kemudian berdiri lama, namun tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, namun tidak selama rukuk pertama, mengangkat kepala, lalu berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama, lalu sujud dan selesai.
Ketika salat usai matahari sudah nampak sempurna kembali. Beliau berkhutbah di hadapan kaum muslimin, memuji Allah dan menyanjung-Nya, dan bersabda: Sesungguhnya matahari dan rembulan itu termasuk tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya terjadi gerhana bukan karena kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, jika kalian melihat keduanya gerhana, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, kerjakanlah salat dan bersedekahlah! Hai umat Muhammad, tidak seorang pun lebih cemburu daripada Allah, bila hambanya, lelaki maupun perempuan, berbuat zina. Hai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kalian tahu apa yang kuketahui, tentu kalian banyak menangis dan sedikit tertawa. Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan.
Rajah di atas menunjukkan garisan gerhana matahari pada Januari 26, 2009. Ruang merah menandakan lokasi-lokasi di mana akan nampak gerhana itu dengan jelas. Lokasi pada garisan hitam akan paling jelas, selepasnya kejelasan pada tahap 75%, diikuti dengan tahap 50% dan 25%. Malaysia pada garisan ketiga di tahap kejelasan 50%.Kaifiyah solat gerhana, yang dilakukan pada waktu gerhana, ada beberapa cara. Sekurang-kurangnya seperti solat sunat biasa.
Yang paling sempurna dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 4 qiyam, 4 rukuk dan 4 sujud.
Pada raka'ah pertama: Sesudah membaca Al Fatihah dan surah teruskan dengan rukuk dan qiyam semula. Kemudian sesudah membaca Al Fatihah dan surah lakukan rukuk, i'tidal dan sujud seperti biasa.
Pada raka'ah kedua: Ulangi seperti rakaat pertama, dan diakhiri dengan tahiyyat dan salam.
Sekiranya solat dilakukan berjemaah, maka elok diiringi dengan khutbah.
Wednesday, January 21, 2009
Cakap Tidak Serupa Bikin
Dalam pelbagai usaha untuk memboikot barangan Yahudi atau kuncu-kuncunya, beberapa pendapat telah diluahkan. Antaranya bahwa kita harus meneliti seruan ini disebabkan pelabur-pelaburnya dari Malaysia dan beberapa ratus ribu pekerja dalam perniagaan yang terlibat adalah beragama Islam.
Sekiranya begitu, maka apa tidak wajarkah juga segala kutipan dari penjualan semenjak Disember lalu disalurkan untuk membantu rakyat Gaza, yang tersiksa akibat perbuatan kejam Yahudi?
Sunday, January 18, 2009
Friday, January 16, 2009
tak semestinya jauh di Gaza ....
Beginilah sikap bangsa-bangsa pendatang yang mula menyerlah berkurang ajar dalam urusan mereka dengan kita. Adakah kita mahu atau sanggup melihat satu hari nanti negara kita sendiri menjadi seperti Palestin?

Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.
Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.
“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).
Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.
baca seterusnya.
Wednesday, January 14, 2009
berhati tidak berperut tiada


Under the Geneva Treaty of 1980, the use of white phosphorous as a weapon is prohibited, however, there is no blanket ban on its use as a smokescreen or for illumination.
Human Rights Watch has warned Israel not to use white phosphorus in Gaza, saying its researchers have observed the use of the chemical weapon by the Israeli military in the Gaza Strip.
When exposed to sunlight or when heated in its own vapor to 250oC, it is converted to the red variety, which does not phosphoresce in air as does the white variety. This form does not ignite spontaneously and is not as dangerous as white phosphorus. It should, however, be handled with care as it does convert to the white form at some temperatures and it emits highly toxic fumes of the oxides of phosphorus when heated. The red modification is fairly stable, sublimes with a vapor pressure of 1 atm at 17C, and is used in the manufacture of safety matches, pyrotechnics, pesticides, incendiary shells, smoke bombs, tracer bullets, etc.
Tuesday, January 13, 2009
Gaza


Berita terkini tentang keadaan di Gaza terdapat di situs berikut:
Breaking News from Gaza
Press TV Iran
Ar Rahmah dari Indonesia
Iranian News Agency IRNA
Maan News
Al Quds Brigade Media (dalam Bahasa Arab)
Al Qassam Brigade; dari pasukan yang gigih berperang di Gaza.
.jpg)
..
...
....
.....
......

Sunday, January 11, 2009
Friday, January 09, 2009
Kutuk Kekejaman Israel
Pesananya:
Saya merayu kepada keseluruh pembaca untuk menyebarkan imej-imej ini demi menededahkan ketidak-perikemanusian Israel terhadap kaum Palestin. Gunakanlah imej-imej ini pada kemeja-t, spanduk-spanduk dan poster. Cetakkanlah dalam majalah, akbar dan paparkanlah merata-rata semata-mata untuk menyedarkan manusia terhadap tragedi yang sedang melanda Palestin. Gambar yang beresolusi tinggi untuk cetakan terdapat di sini.
Terima kasih bagi pihak rakyat Palestine yang sedang sengsara.
Wednesday, January 07, 2009
Kenapa Tak Peduli?

Selagi roti canai masih senang didapati;
Selagi teh tarik masih dapat dinikmati;
Selagi masih dapat menghirup Pepsi dan mamah pizza,
Selagi dapat berwifi di Starbuck sambil pesan-pesan kopi;
Apa peduli pada jeritan kanak dan wanita di Gaza,
Apa peduli pada kekejaman Yahudi;
Kita apa peduli,
Kita apa peduli,
Bukan anak kita yang mati.


Nanti bila benar azan sudah tidak dikasi,
Baru kita sedar kita sendiri dikepung fikrah Yahudi,
Kalau pintu Gaza dikunci Masri,
Pintu kita dikunci sendiri.
Sudah lambat mau ambil peduli.
Friday, January 02, 2009
Jumaat Lalu Tahun Lepas
Hari ini seminggu lalu aku menghadhiri pengebumian dua teman. Kedua-duanya mati akibah kanser. Pada paginya Lukman dan petangnya Nik Ruslin.
Allahyarham Lukman seorang pensyarah universiti yang gigih pengelibatannya dalam pembinaan kapasiti tenaga mahir dalam perbankan Islam. Allahyarham Nik pula bertugas di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mengetuai Jabatan Pasaran Modal Islam. Kedua-duanya amat aktif dalam perbankan dan kewangan Islam.
Hanya dua minggu lalu aku bertanyakan Puan Saidah, kakak kepada Lukman tentang ehwal adiknya dan beliau menyuarakan dengan keseronokan tentang perkembangan kesihatan pada dirinya. ”Lukman beransur pulih. Matanya sudah boleh bergerak, meskipun belum ada penglihatan,” begitulah ceritanya. Allahyarham menghidapi lymphoma atau kanser darah.
Tentang keadaan Allahyarham Nik pula, baru dua bulan lalu aku meminta Kak Has untuk memberi pandangan tentang apa yang perlu dijalaninya, mengikut kaedah alternatif. Kebetulan ketika itu beliau pulang ke KB untuk menziarahi keluarga. Mereka tidak bertemu tapi dari perbualan Has dengan isterinya Has memberitau, ”I think the hubby needs urgent attention.” Apabila Nik menaliponku selepasnya, dari getaran suaranya, meskipun beliau bersungguh mengatakan, “Hor, sihak doh. Cumo kade-kade senok jo sikik,” dapatku merasakan bahwa keadaanya tidak sepertimana jawapannya. Begitulah sikap Allahyarham, sentiasa tidak mau menyusahkan sesiapa.
Meskipun banyak yang hendakku ceritakan tentang pengalamanku bersama Allahyarham, memadailah apa yang ditulis oleh Nazri Chik , OSH dan Zahid Aziz tentang beliau.
Allahummagh firlahum warhum.
Kepada Syed H pula, jazakallahu khairan atas pemberian kumpulan awrad Imam Abdullah al Haddad dan lain-lain padanya.
Tuesday, December 09, 2008
Takziah, Syed H
Pagi itu hari biasa-biasa. Tak ada apa-apa yang mengejutkan dunia. Apatah lagi suasana politik tempatan. Phoneku seperti biasa. Sesekejap berbeep-beep tanda isyarat ada mesej rengkas (sms) diterima. Antaranya, ”Ummi ana baru meninggal. Inna lillahi wainna ilahi raajiun.”
Ku amati lagi. Benar ini mesej dari Syed. Syed akrab denganku. Terus aku menaliponnya. Tapi taliannya sibuk dan akhirnya setelah kesekian kalinya, dapat menghubungi beliau.
”Bib!” sahutku.
Sebelum sempat aku meneruskan, ”Tak. Tak. Ana silap. Ummi ana bernafas. Tadi silap.”
”Aaih. Boleh silap!” fikirku. ”Bagaimana?” Soalku dalam terkejut.
”Sekarang kami dah panggil ambulan. Nak ke Hospital.” Sambut Syed lagi.
Tengah hari itu aku ke hospital untuk menziarahi Umminya dan Syed.
”Laa Bib,” beliau menerpaku, ”Wallahi tadi kami sangka benar-benar Ummi dah pergi. Jadi kami dah ikat dagunya dan qiyamkan tangannya, dan hampir-hampir nak menyelimutnya, tiba-tiba nampak pernafasan. Masha Allah. Betul-betul panjang umur. Ummi sakit lama, jadi kami pun dah bersedia.”
”Mi,” Syed menegur Umminya yang sedang terlantar, ”ini Keng. Akraba ana.” Umminya tersenyum dan sekilas pandang seolah-olah tiada apa-apa padanya. Hanya esoknya, beliau di-bypass. Dan selepasnya, Umminya Syed sihat dan bertambah sihat.
Itu hampir enam bulan dulu.
Sehari sebelum Eid, banyak berita yang mengejutkan kotaraya KL. Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kemalangan ngeri bas ekspres di Tangkak. Dan aku menerima sms lagi. Kali ini juga dari Syed.
”Ummi ana meninggal. Solat di Masjid selepas Zuhur.”
Cepat-cepat aku menalipon Syed. ”Bib! Soheh ke?”
”Ya. Sudah waktunya. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.” Jawabnya tersedu.
Hari itu kami menghantar Umminya kepenginapan terakhir. Baik pemergiannya. Harinya dan bulannya dan waktunya. Ramai yang hadhir untuk menyolatkan.
Tinggal tahap ketiga – selepas alam ruh, janin dan dunia. Menuju ke-empat. Didoakan semoga Umminya Syed dalam keselesaan Barzakh.
Monday, December 08, 2008
Haji si Tukang Sepatu

Diriwayatkan Sheikh Abdullah bin Mubarak (RA), seorang ulamak yang terkenal bermimpi sewaktu terlena di depan Kaabah. Abdullah bermimpi melihat dua malaikat yang turun ke bumi dan berbual-bual antara mereka.
Malaikat pertama memulakan kata, “Tahukah kamu berapa ramai yang mengerjakan haji pada tahun ini?”
”Enam ratus ribu,” jawab yang kedua.
Kebetulannya Abdullah bin Mubarak juga mengerjakan haji musim yang sama.
”Berapa ramai yang mabrur?” tanya malaikat pertama lagi.
”Saya tak yakin kalau-kalau ada sesiapa yang mabrur pada kali ini.” Jawab yang kedua.
Apakala mendengar jawapan ini Abdullah bin Mubarak menjadi sedih. Beliau mengenangkan tentang jumlah manusia yang telah merentangi padang pasir, mengharungi lautan luas dan meredah hutan belantara untuk sampai ke Makkah; dalam keadaan yang begitu mencabar. ”Tak akan sekali Allah SWT yang Maha Penyayang akan membiarkan segala usaha dan harta-benda di sia-siakan,” fikirnya.
Tapi beliau terkejut apabila mendengar kata-kata Malaikat pertama lagi. ”Ada seorang si tukang kasut dari Damsyik, bernama Ali al-Mufiq, yang tidak dapat mengerjakan haji, tapi Allah SWT menanugerahkannya pahala mabrur. Allah SWT menerima niatnya untuk menunaikan ibadat haji dan kerananyalah maka kesemua hujjaj pada tahun ini diterima haji mereka."
Apabila Abdullah bin Mubarak tersedar dari tidurnya beliau membuat keputusan untuk pergi ke Damsyik dan mencari Ali al-Mufiq, yang begitu disanjung oleh malaikat dan dirai olah Allah SWT.
Setibanya di Damsyik, setelah bersusah payah mencari Ali al-Mufiq, akhirnya bertemulah beliau dengannya.

“Siapa nama mu?” Tanya Abdullah.
”Ali al-Mufiq”
”Apa pekerjaanmu?”
”Biasa-biasa, sekadar si tukang sepatu,” jawab Ali al-Mufiq kehairanan. ”Siapa kamu,” tanyanya pula pada Abdullah bin Mubarak.
”Abdullah bin Mubarak.”
Apabila mendengar nama yang tersohor ini, Ali al-Mufiq bertambah hairan kerana telah diziarahi oleh ulamak yang begitu ternama dan amat dirai.
Setelah ditanya oleh Abdullah bin Mubarak tentang niatnya untuk mengerjakan haji, beliau menerangkan, ”Memang niatku sudah lebih 30 tahun untuk menunaikan haji, dan pada tahun ini perbelanjaanku akhirnya mencukupi. Tapi takdir Allah SWT mengatasi segala-galanya. Niatku tidak dapat dilaksanakan.” jawab beliau.
“Kenapa ditakdirkan?” Tanya Abdullah bin Mubarak.
”Ketentuan Allah SWT mengatasi segala-galanya,” jawabnya rengkas.
Setekah didesak-desak Abdullah bin Mubarak, beliau pun menerangkan. ”Pada suatu hari aku pergi menziarahi jiranku. Kebetulannya mereka sedang makan. Tapi hairannya tidak sebagaimana kebisaan sebelum dapat aku masuk kerumahnya, jiranku yang kelihatan sugul, menerpa keluar dan berbisik kepada ku."
”Maafkan kami ya Ali,” katanya, ”Maaf kerana kami tak dapat mengajakmu makan bersama. Kami sudah tiga hari tak mempunyai makanan maka pada hari ini, kerana kesiankan anak-anakku, aku keluar mecari kalau ada apa-apa makanan yang dibuang jiran yang dapat dikutip dan dibawa pulang untuk hidangan. Yang aku jumpa hanya bangkai se ekor keldai. Maka aku memotong bahagiannya dan inilah yang dihidangkan pada anak-anakku. Pada kami bangkai ini halal kerana dalam keadaan dharurah, yang ditegah dibenarkan. Maka sebab itulah aku tak dapat mengajakmu bersama-sama menjamah juadah tersebut.”
”Hatiku luka,” jawab bin al-Mufid, “apakala mendengar keterangan tersebut. Lantas aku pulang dan mengambil duit tabunganku untuk ke Makkah kerana pada pendapatku membantu jiran yang dalam kesusahan adalah lebih mulia dari hasrat untuk menunaikan haji. Dan sekiranya ada rezekiku pasti Allah SWT akan meluangkan peluang lagi padaku."
Begitulah tercuitnya hati Abdullah bin Mubarak apakala mendengar kisah Ali al-Mufid tadi.
Sesungguhnya sebagaimana firman Allah SWT dalam hadith Qudsi, ’Sekiranya kau ringankan bebanan umat-KU maka AKU akan lebih meringankan bebananmu.’ Kelaku Ali al-Mufid dan pengorbananya bukan setakat diganjarkan Allah SWT dengan haji yang mabrur tetapi juga tempiasannya telah memabrurkan kesemua hujjaj pada tahun itu. Segala-gala yang dikurniakan Allah tidak sama sekali meluakkan khazanah rahmat-NYA yang maha Shomad.
Haji sebenarnya adalah perjalanan yang menyalakan jiwa raga dan ruh seseorang untuk membawa seseorang ke dimensi waktu di alam dunia kepada waktu ianya akan bertemu dengan Yang Maha Khaliq.
Pengerjaan ibadah haji akan membawa seseorang kepada taraf yang tertinggi. Haji yang mabrur akan dicapai apakala seseorang dapat mengaitkan keadaan dirinya kepada kehendak Allah SWT dalam hal-hal yang berkait dengan makhkuk-NYA.
Dan sebaik-baik pengorbanan adalah yang mengatasi kehendak nafsu.
EID MUBARAK.
Wednesday, November 26, 2008
Haru Biru
Itu mufti-mufti mau kasi marah sama saya ke; kasi halau ke; kasi haram ke, itu raja mesti dulu punya tanya. Tadak tanya kalu, banyak susah punya hal. Sikarang tengok apa sudah jadi? Situ haram, sana haram, sini halal, situ halal.
Satham podathe!
Tepuk dada tanya selera.
Sumber Gambar:
Wikipedia. Patung yogi di Birla Mandir, Delhi.
Saturday, November 01, 2008
ALLAH DAN DAKU
Tika ku pohon kepada Illahi kekuatan;
Allah memberiku kesulitan,
padat dengan dugaan;
agar aku membina kekentalan dan kewibawaan.
Tika ku pohon kepada Illahi kebijaksanaan;
Allah memberiku masalah,
supaya ku lebih berusaha dengan segala keupayaan
sehingga menemui penyelesaian.
Tika ku pohon kepada Illahi keberanian;
Allah memberiku ujian, dugaan dan cubaan,
supaya dapat ku lintasi rintangan,
tanpa semangat dipatahkan dengan kekecewaan.
Tika ku pohon kepada Illahi sebuah cinta;
Allah menemukanku kepada manusia,
bermasalah dan menderita,
untuk ku taburkan kegembiraan,
dan hilangkan nestapa.
Tika ku pohon kepada Illahi bantuan;
Allah mencelikkan ku keadaan kesusahan,
betapa ramai yang lebih mengharapkan.
Memberiku kesempatan,
untuk membina bakti dan menghulur kebajikan.
Allah,
tidak pernah memberi apa yang ku pinta.
Tapi sentiasa memberi,
apa yang amat ku perlukan.
Hidup ini penuh jawaban
Kepada permintaan dan harapan.
Hanya memerlukan keupayaan,
untuk menilai kenikmatan terpendam.
Nota:
puisi ini ilhamnya dari OY di KK, yang menerimanya pula dari HR yang masih dalam uzlah di kepulauan.
Sunday, October 26, 2008
Saturday, October 18, 2008
Api dari Riba
Entri ini untukmu, Bergen:

Sehingga kini, bara-bara dari api yang membakar hutang-lapuk sub-primes iaitu hutang-hutang dari pembiayaan bertaraf rendah di USA masih menyala-nyala. Apa yang hanya dua bulan dulu disangka sebagai hanya bara-bara kecil rupanya membakar dalam sekam dan telah merebak dengan kuat sehingga melarat ke benua Eropah dan mengakibatkan antaranya Iceland menjadi bankrap. Begitulah padahnya. Bank-bank ternama hancur. Hancur sehingga tiada ada yang dapat diselamatkan.
Banyak yang bertanyakan kepada saya tentang gejala ini. Jawapan yang saya beri hanya satu. "Ini adalah peperangan yang kita sudah diamarankan." Dalam surah al Baqarah, Allah SWT telah berfirman keras tentang dosa riba atau interest; dan mengamarankan lagi bahawa peperangan akan diistiharkan atas sesiapa yang mengamalkan riba, oleh Allah dan Rasul-NYA. Perkataan yang digunakan adalah PEPERANGAN dan bukannya yang lebih ringan dari itu.
Rasululullahi sollahu 'alaihi wassalam pula bersabda bahawa pada akhir zaman, "pengamalan riba akan berleluasa dan melekat pada masyarakat umpama debu-debu yang melekat pada pakaian. Halus dan mendalam." Dan sabda beliau lagi, "Sekecil-kecil dosa riba adalah umpama seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri."
Kini kesan-kesan dari malapetaka ini sudah merebak ke negara-negara lain. Lambat laun tidak akan bernilailah kertas-kertas yang dipanggil wang. Fiat currencies yang bernilaikan kepada janji. Berapakah nilai kerajaan Iceland? Negatif. Rendah dari kosong. Arahan perdana menterinya kepada rakyatnya, "Pergilah kelaut untuk menjadi nelayan." Apa pula kelak nasihat PM kita (sesiapa saja) kepada kita sebelum Malaysia tenggelam ke tahap recessi?
Dan saya terpanggil pula untuk mengingatkan tentang banyak hadith-hadith fi alamatis sa'ah iaitu tanda-tanda akhir zaman dari kitab Mishkatul Masabih, yang menceritakan tentang Dajjal yang akan datang untuk membawa kekayaan kepada penduduk dunia, untuk mengeluarkan mereka dari kesusahan yang diakibahkan dari kepapaan.
Ya Allah lindungikanlah kami dari fitnah al Masihid-Dajjal.
Nota: Apa pula komen dari Ordinary Superhero?
Tuesday, September 30, 2008
Afdhalnya

Bersedekah pada pengakhir Ramadhan
Banyakkan ibadat pada malam 'Eidulfitri
Mandi sunat eidulfitri
Cepat ke masjid dan berdoa ketika sebelum solat
Bersedih kerana berpisah dengan bulan yang penuh barkah dan maghfirah.
Kepada teman-teman bloggers sekalian
EID MUBARAK
MINAL 'AA IDIINAL WAL FAAIZIINA WAL MAQBULIN
KULLU 'AAMEN WA ANTUM BIKHAIR
Saturday, September 27, 2008
Go For Broke
Dalam meneka-neka sudah atau belum, ia atau tidak kedatangan Layla, kita mempunyai malam ganjil terakhir pada malam 29 Ramadhan ini.
Memutuskan harapan kepada-NYA antara terbesar dosa yang dapat dilaksanakan manusia. Merintih dengan penuh harapan, itulah penyebab yang terkecil yang Allah nantikan dari kita untuk pengampunan-NYA.
Allahumma innaka 'afuwun Kariim,
tuhibbul afwa, fa'fu 'anna
Ya arhamarraahimin-irhamna
Kurbankanlah tidurmu dan cekanglah matamu. Ganjarannya seumpama seribu bulan.













