Sebagaimana anda, aku juga mencari Layla.
Seandainya anda yang menemuinya, ingatkanlah Layla tentang kerinduanku padanya. Kerinduan yang amat memuncak dan mendadak; penuh dengan harapan, pujukan dan rayuan. Aku inginkan dakapan erat Layla dan tak rela dipisahkan.
Aku akan membelaimu dengan kasih sayangku wahai Layla. Oh Layla. Engkau menjadi rebutan insan.

Hadith menyatakan bahawa ehwal keadaan setiap manusia ditentukan pada malam
al Qadr. Apakala Baginda Rasulullahi Sollahu 'alaihi wassalam ditanya caramana umat dapat menikmati rahmah dari Allah SWT, beliau menyatakan tentang du'a Nabi ALlah Musa a.s. dan jawapan Allah SWT kepadanya:
Ya Allah, aku inginkan penghampiran dan pendekatan kepada-MU. Allah SWT menjawab, "Penghampiran dan pendekatan kepada-KU adalah kepada mereka yang berjaga pada Laylatul Qadr."
Ya Rabb, aku inginkan kasihan belas-MU. Allah menjawab, "Kasihan belas-KU adalah pada yang menunjukkan kasihan belas kepada faqir dan miskin pada Laylatul Qadr."
Ya Rabb, aku inginkan bantuan-MU untuk mempermudahkan laluanku pada Siratul Mustaqim. Allah menjawab, "Itu hanya keistimewaan pada yang bersedeqah pada Laylatul Qadr."
Ya Rabb, aku inginkan pokok-pokok untuk teduhan serta menikmati buah-buahnya di Syurga-MU. Allah menjawab, "Itu hanyalah pada yang memohon ampun pada Laylatul Qadr."
Ya Rabb, aku ingin dijauhkan dari api Neraka. Allah menjawab, "Itu hanya pada mereka yang mengingati-KU pada Laylatul Qadr."
Ya Rabb, aku ingin disayangi-MU. Allah menjawab, "Itu hanya pada mereka yang mendirikan solat dua rakaat pada Laylatul Qadr."
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi wassalam bahwa Laylatul Qadr berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari Laylatul Qadar, adalah jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
- Ahad atau Rabu: jatuhnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
- Isnin: jatuhnya pada malam 21 Ramadhan
- Selasa atau Jumaat: jatuhnya pada malam 27 Ramadhan
- Khamis: jatuhnya pada malam 25 Ramadhan
- Sabtu: jatuhnya pada malam 23 Ramadhan
Wallahu a'lam.= 21 Ramadhan. Mungkinkah malam ini kedatangan Layla? =