Powered By Blogger

Sunday, April 30, 2006

Kuasa Yang Berleluasa

Seolah-olah menjadi dekor yang mandatori untuk restoran-restoran Kari Kepala Ikan untuk menghiaskan dinding-dinding mereka dengan ayat-ayat al Quran. Terpampang Ayatul Kursi atau Tiga Qul. Tak mencukupi dengan itu ditambah lagi dengan gambar Kaabah dan Masjid Nabawi berbentuk 3-dimensi yang dihiasi indah dengan lampu yang menyahdukan pemandangan. Ada pula restoran yang lebih innovatif. Papan tanda ditulis dengan huruf jawi. Lam Wau Ta' Wau Sin.

Agama atau al Quran menjadi daya tarikan. Kerana dinding-dinding sudah terpampang indah dengan ayat-ayat suci, maka restoran berkait berjaya dalam menambahkan keselesaan kepada pengunjung. Pasti halal. Aku tak mengatakan bahawa ada kemusykilan tentang kehalalannya. Tapi inikah caranya? Tak kiralah siapa tuan empunya restoran tersebut. Mamak ke, Hindu ke, Ah Long ke atau Melayu ke. Semuanya standard. Percayalah hanya satu atau dua restoran Kari Kepala Ikan di KL dimilikki oleh orang Islam. Kebanyakannya, ya kebanyakannya tidak.

JAKIM terlau sibuk dan ghairah merampas al Quran dari Syria atau Mesir yang diimpot tanpa tanda mohor JAKIM. Sehingga menjadi kebingungan kepada penjual al Quran. Kalaulah langkah penapisan ini dah dilengkapkan dengan jentera yang tersusun dan teratur, tak ada sesiapa yang akan bersungut. Akan tetapi untuk menunggu sehingga tujuh bulan untuk mendapat "keputusan kelulusan" adalah tak masuk akal sama sekali.

Begitulah keghairahan JAKIM dalam mengunakan kuasa. Tersalah tempat.

Monday, April 24, 2006

Manok Seronok

Dah bermula kesibukkan di Sarawak. Dewan Negeri akan dibubarkan untuk pemilihan umum yang baru. Akan bertaburanlah janji-janji; berapi-apilah maki hamun, dan bergegarlah seluruh negeri dengan ugut-ugutan. Teringat aku akan Long Pasai. Bukannya nama orang tapi nama satu mukim atau daerah yang aman dan bebas dari kesesakan kotaraya.

Long Pasai jauh di pedalaman. Hubungan dengan bandar-bandar lain hanya melalui jalan udara, sungai dan jalan hutan. Belum wujud jalanraya atau lebuhraya ke Long Pasai. Kepada penduduk Long Pasai, menikek belon menjadi kebiasaan. Seperti menaikki bot penambang. Taklah seperti kita di Semenanjung, sebelum Air Asia beroperasi, kenderaan udara menjadi pilihan hanya untuk yang berada. Mengikut kawanku seorang pilot MAS yang pernah bertugas di Sarawak, bukan saja manusia yang nikek belon, malahan manok (ayam), itek, anjing dan kucing antara lain, juga dibawa bersama. Seronoknya manok! Tak ada yang membantah atau akan membantah dengan kebebasan membawa bagasi sebegini, kerana sudah kebiasaan kepada semua penumpang dari pedalaman Sarawak. Itu mengikut maklumat dari kawanku. Bohong dia, bohonglah aku.

Nasib baiklah Raja Brooke tak menjadikan Sarawak sebahagian daripada UK. Hanya sebagai jajahan Raja Inggeris. Dan sekarang Sarawak dah pun merdeka. Seandainya Sarawak dalam UK, bayangkan apa yang akan terjadi kepada orang-orang Kelabit dan Iban. Mereka akan diharamkan dari membawa ternakan-ternakan di dalam belon. Berpandukan kepada arahan Department of Health UK, yang tertera, sebagai langkah untuk mencegah bird flu dari merebak.

Begitulah manok atau ayam. Tiba-tiba membawa ketakutan. Tak tepatlah kalau kita kiaskan ketakutan dengan chicken out lagi. Kerana yang takut sekarang adalah manusia.

Jangan pula ayam dijadikan sesuatu untuk ugutan. Bayangkan dalam pilihanraya ini ada yang kecewa kerana tak dipilih sebagai calon atau yang tak puas hati dalam keputusan atau marah kerana janji-janji tak pernah dikotai, berjalan ke tempat awam dan berpakaian sebegini..........






Nota:
Nikek = naik;
Belon = kapal terbang.

Saturday, April 22, 2006

Blog on Dogs: Komen



Tak disangka topik anjing membawa kenangan suka duka kepada ramai teman-teman bloggers. Terima kasih di atas komen-komen yang sungguh menarik. Terima kasih kepada Sayuti dan Lope kerana tolong menjawab sewaktu ketiadaan saya, beberapa komen terutamanya dari Kim yang banyak sekali pengalaman tentang anjing dan manusia yang mau bersifat seperti anjing.

Anjing tetap menjadi masalah kepada kita kerana perkaitannya dengan hukum taharah atau kebersihan, yang menjadi keperluan asas untuk solat.

Adakah boleh dibasuh bekas terkena air liur atau bahagian anjing yang basah dengan air dan sabun? Untuk memastikan supaya jawapan saya betul, maka saya telah meminta pandangan Ustaz IK. Jawapan beliau:
Imam Syafie menghukumkan bahawa bekasan anjing, sama ada air liurnya atau mana-mana basahan dari badannya, adalah najis. Wajib dibersihkan dengan menyamak. Kalau tak disamak tak sah solat, misalnya. Akan tetapi mazhab-mazhab lain tak menghukumnya najis. Hanya menghukumkan bahawa air lior dan basahan pada badan dan anggota anjing mempunyai kekotoran yang membawa penyakit, maka wajiblah disamak.

Jadi menyamak menjadi wajib kepada semua mazhab. Menyamak dengan tanah dan air.

Dalam hal ini, Simah Hanim haruslah bertanyakan kepada ulamak di Turki tentang pandangan yang telah diberi. Dan kepada Berg, tinggal dimanapun tak menjadi masalah. Saya diberitahu oleh Awang Goneng bahawa di London, beliau mendapatkan dengan senang tanah liat untuk menyamak dari kedai-kedai yang menjual peralatan untuk pottery dan clay modelling.

Apakah khasiat tanah? Pernah saya terbaca satu makalah yang mengatakan bahwa tanah mematikan kuman rabies. Dan menurut ayah saudara saya di Besut, selalunya apabila kera ditembak, sewaktu jatuh ke bumi mereka akan dengan pantas mencapai tanah dan menelannya. Dengan serta merta, ia akan segar kembali dan kembali bergayut di atas pokok. Jadi dikampung-kampung di Besut, tanah liat terutamanya, diletakkan ke dalam air panas untuk dijadikan air penawar. Sayangnya tak ada kajian klinikal yang pernah dilakukan keatas pendapat-pendapat tersebut.

Sohehlah, sikap yang kita ambil mengenai anjing dan babi telah menjadi satu daripada penghalang untuk berdakwah di pedalaman misalnya, kerana kebanyakan penduduk di sana membela bintang-binatang tersebut. Maka satu pintu sudah tertutup rapat oleh kita sendiri. Kemas keming. Walhal beratnya hukum mengenai anjing dan babi taklah sebagaimana yang kita andaikan.

Phobia terhadap anjing ternyata adalah kerana ketakutan dan kegeraman. Begitulah pandangan QOTH, Wak Jawa, Rampai, Kenakelayan, Puan DITH, Lope, Sya, Romantis Selatan, Ahni dan Crimsonskye. Untuk kebalkan diri cubalah syor Sayuti dan Tuan Pegawai dengan memberi salam kepada Qithmir. Insha Allah mujarab.

Pandangan Atok, Tuan Pegawai, Jiwa Rasa, Black Purple dan Op pula lebih 'dog friendly', yang timbul juga dari pengalaman mereka yang tak menakutkan dengan anjing. Patutler anjing-anjing tak menyalak mereka sebagaimana Lope disalak oleh anjing Mr. Tow. Mungkin kerana Lope tak membalas kiriman limau Mr. Tow dengan gulai, ketupat dan rendang!

Disebabkan anjing bukan manusia jadi hukum bunuh diri tak dikenakan ke atas mereka sekiranya mereka dilanggar oleh Nurul. Nurul, jangan sekali-kali melanggar anjing-anjing yang asyik menggaru kutu di jalan. Susah payah pulak nanti kome ke SPCA nak membuat repot. Dan pasti sekali bumper depan lebih mahal daripada yang baru kome tukar.

Tok Rimau dan Naga harus waspada kerana Gitartong tak menyukai anjing, kucing, ikan, rimau dan juga naga! Kalau manusia menggunakan ngganjing untuk menghina, maka mungkin pula Zizie, anjing meghina sesama mereka dengan nnusia. Dan diharap Maklang dah terbangun kerana kebisingan salakan anjing di Kerteh. Terima kasih Wafa kerana memanjangkan cerita asal-usul Nuh kepada kami. Harap-harap ini bukanlah cerita Israliyat!

Akhirul Kalam. Pertelingkahan mengenai Tahir Efendi dalam puisi yang dikarang oleh Nef'i tak dilupai sebegitu saja. Selepas 300 tahun, puisi tersebut telah disambut oleh Tahir-i Mevlevi dengan jawapan berikut:

Zehr-i hicvi cihana neşredenin dili bi-şek zeban-ı efidir;
Tahir olmaz köpek;
Fakat beşere nef’i vardır;
O halde Nef’idir.


Beracunnya sindiran dari lidah mu laksana racun ular yang bisa,
Anjing sememangnya tidak dianggap suci,
Ternyata mereka hanya bernef’i kepada manusia,
O anjing sebenarnya kaulah Nef’i.

Nef’i: dari bahasa Arab naf’ah. Yang mempunyai manfaat.



Monday, April 17, 2006

Blog on Dogs

Dulu sewaktu Dr. Roza menceritakan mengenai peristiwa bapanya diherdik oleh seorang wanita, ekoran tegurannya terhadap kelaku anak wanita tersebut yang membaling-baling batu kepada anjing, terlintas difikiranku tentang sikap kebencian orang-orang Melayu kepada anjing. Dengan amat terlampau. Adakah najis menjadi penyebab untuk membenci? Seandainya begitu kenapa jemaah-jemaah masjid tidak mengambil sikap yang sama untuk membersihkan najis-najis di tandas masjid. Dan tidak meninggalkan begitu sahaja selepas membuangnya? Basmikan sehabis-habisnya. Dengan sepenuh kegeraman.

Dalam blog yang terdahulu pula Kim menyatakan hasratnya untuk membela anjing dan Lope pula menyingkapkan peristiwa yang menimpanya di Hudeidah apabila beliau ditanya tentang pegangan agamanya oleh orang yang sedang memeluk anjing. Sungguh menarik perihal anjing.

Dalam hukum fiqah, cara-cara melayani anjing dikaitkan kepada arahan Rasulullahi sallahu ‘alaihi wassalam, bersabit cara-cara membersihkan bijana air yang dijilat anjing. Penyuciannya adalah secara menyamak bijana tadi dengan menyucikannya dengan air dan tanah. Permulaannya dengan tanah dan kemudiannya dengan enam kali laluan air. Disinilah timbul perbezaan pendapat fuqahak tetang apa yang sebenarnya najis. Anjingkah atau air liurnya? Yang hidup atau yang mati? Maka berbezalah hukum antara mazhab-mazhab.

Imam Malik menganggap anjing sebagai suci ketika hidupnya. Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri pula berpendapat, kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan secara menyamak, kerana hadis riwayat Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci apabila disamak. Imam Syafie pula berpendapat sebaliknya. Segala sentuhan anjing sekiranya basah; hidup atau mati, wajarlah disamak. Maka bagi orang Melayu, kemungkinan untuk menghindarkan daripada susah-payahnya untuk menyamak, maka anjing perlulah dihalau dan dipukul, dan telah menjadi seperti budaya hingga ke hari ini. Senang begitu. Tetapi lupakah kita tentang kisah seorang pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberi minum anjing yang hampir-hampir maut akibat kehausan yang amat?

Tidak terdapat sepatah pun ayat dalam al Quran yang mengeji anjing. Malahan terdapat dalam al Quran cerita mengenai Qithmir, anjing yang mengikut pemuda-pemuda ashabul kahfi kedalam gua. Dalam hadith riwayat Muslim yang disebut oleh Imam Nawawi, dalam kitabnya al-Mubarakafuri - Tuhfat al-Ahwadhi ada menceritakan bahawa Rasulullah sendiri ada memelihara anjing. Akan tetapi setelah dikhabarkan oleh Jibrail tentang keengganan malaikat pembawa rahmat untuk memasukki rumah yang ada anjing, maka Rasululullah telah mengeluarkan anjing tersebut daripada rumahnya.

Itulah anjing, disalah anggap oleh kita sehingga menjadi sinonim kepada kehinaan, sebagaimana pertelingkahan dua orang sahabat, seperti terdapat dalam puisi Turki lama, yang mana seorang yang bernama Tahir, telah memanggil sahabatnya yang lain dengan panggilan 'anjing'. Maka mangsa penghinaan tadi pun mengeluh:

Tahir efendi bana kelp demiş,
iltifatı kendince zahirdir;
Maliki mezhebim benim zira;
İtikadımca kelp tahirdir.

Tahir Effendi menggelarku sebagai anjing yang dikeji;
Malahan itu kepujian untuknya sendiri secara zahir;
Kerana aku bermazhab maliki;
Dan itikad kami bahawa anjing itulah tahir.
Nota:
Efendi: Gelaran hurmat untuk lelaki.
Tahir: Bersih atau suci


Kebanyakan fuqahak membenarkan pemeliharaan anjing-anjing untuk keperluan hidup seperti memburu, menjaga ternak, mengawal keselamatan dan menjaga ladang atau tanaman. Akan tetapi diharamkan untuk tujuan peliharaan biasa atau untuk pertunjukan atau pameran.

Alkisah, Aba Yazid al Bistami, pada satu ketika telah terserempak dengan se ekor anjing di satu laluan yang sempit. Untuk mengelakkan dirinya daripada terlanggar dengan anjing tersebut dan terkena najis, maka beliau pun mengundurkan diri ke belakang. Tiba-tiba terdengar oleh Aba Yazid kata-kata anjing tersebut kepadanya,”Adakah hinanya aku sehingga engkau menjauhkan dirimu daripadaku? Adakah aku memilih untuk dijadikan anjing? Dan adakah kamu dilahirkan manusia atas pilihanmu sendiri?” Mendengar kata-kata ini Aba Yazid diceritakan telah mengambil anjing tersebut sebagai gurunya. Wallahu a’lam.

Sebuah karangan sufistik masyhur oleh Muhammad ibn Khalaf Ibn al-Marzuban, bertajuk Buku Tentang Ketinggian Kedudukan Anjing-anjing Berbanding Kebanyakan Mereka yang Berpakaian, menceritakan tentang ketinggian sifat-sifat dan ketaatan anjing berbanding manusia yang penuh dengan penipuan dan kedurjanaan.

Dulu aku pernah menjadi tamu di rumah seorang kawan yang ada memelihara se ekor anjing Alsatian yang begitu jinak. Menjadi rakan bermain anak-anaknya dan anjing itu begitu manja dengan mereka. Sewaktu aku tiba di rumah tersebut, tuan rumah telah menyediakan selipar yang baru dan bilik khusus supaya dapat aku mengerjakan solat tanpa gangguan. Dan setiap kali aku ke ruang tamu, anjing tersebut dibawa keluar atau diletak di tempat yang jauh daripada ruang tersebut. Suatu pagi sewaktu aku bersendirian dirumah, aku ternampak anjing tersebut merenungku dari jauh dan kemudiannya anjing itu berjalan-jalan mengelilinggi ruang tamu di mana aku sedang duduk sambil membaca akhbar. Dengan tak disedari, sewaktu aku sedang khusyuk membaca, anjing terebut melompat ke atas ribaku dan terus menjilat tanganku. Sungguh memeranjatkan. Agaknya anjing tersebut hairan kenapa selama dua hari aku di situ, tak sekali pun aku menggosok-gosok kepalanya atau menegurnya. Begitulah sayangnya dan berperasaannya anjing kepada manusia.

Monday, April 10, 2006

Mawla ya solli wassalim



Wahai Junjungan Kekasih Allah,
Kaulah Penunjuk,
Kaulah Pemimpin,
Kaulah Cahaya di atas Cahaya,
Selawat dan salam kami rafakkan,
Memohon ampun dan keberkatan,
Atas ummahmu sekalian.
Dalam Sahih al Bukhari disebutkan tentang kegembiraan Abu Lahab apabila mendengar berita kelahiran Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam yang disambutnya dengan pembebasan hambanya Tsuwaibah.

Dan dalam mempertahankan sambutan mawlud untuk memperingati kelahiran Nabi, Al Hafiz Syamsuddin Muhammad Nasiruddin Ad Dimisyqi telah mengarang sebuah syair yang bermaksud:


Kalaulah si kafir (Abu Lahab) ini yang dicelai;
Di dalam al Quran dinyatakan di neraka ia kekal abadi;
Tersebut setiap Isnin kepada beliau Allah anugerahi,
Keringanan kerana kegembiraannya tentang kelahiran Ahmad;
Apatah lagi seorang hamba yang bergembira sepanjang hayat,
Menyambut Maulud Ahmad dan matinya dalam keadaan bertuhankan kepada yang Ahad?

Aku bermohon syafaatmu wahai Junjungan,
sebagaimana janjimu kepada umatmu yang ringan...
timbangan kanan.

Syafi'na Ya Rasulullah.

Saturday, April 08, 2006

NIAGA TATAK LUGI

Exclusive: Cops in business
By: LOURDES CHARLES

The Star Friday April 7, 2006

KUALA LUMPUR: Police officers who have expanded their business of keeping law and order to operating leisure businesses and factories without the knowledge of the force will face disciplinary action.

At a seminar for 196 Officers in Charge of Station on Monday, Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Omar had taken to task officers who spent more of their time on part-time businesses such as operating petrol stations or selling batik.


Ha,ha. Tak patut betul. Lagi-lagi polis yang kena.

Tapi dulu aku pernah berjumpa dengan seorang Pegawai (yang amat ) Tinggi Polis yang baru bersara. Dia menjual cincin. Cincin berbatu zamrud, berbatu delima, berbatu nilam dan bermacam-macam. Permatanya besar-besar. Jadi bila aku bertanya, "Datuk berniaga sejak pencen ke?"

"Tak. Saya dah lama dalam bidang ni. Ni semua dari koleksi yang baik-baik Encik. Ikat di Kelantan." Jawabnya megah.

"Harganya?" saja-saja bertanya.

"Hah yang ni RM15,000 dan yang ni, termahal, RM35,000...." Jawabnya.

Aku terkejut kerana dalam stoknya saja pada hari itu, sekurang-kurangnya, kalau mengikut congak harga purata yang dinyatakan, bernilai RM500,000.

"Dapat pinjaman bank ke Tuk?" aku cuba mencungkil. Maklumlah pada ketika itu aku sendiri pegawai bank.

"Taaaak. Semua modal sendiri." Wah jawabnya gembira. "Saya sempat pusing modal kerana dulu, pelanggan-pelanggan saya ramai daripada peniaga-peniaga Cina. Mereka suka zamrud dan delima."

"Hah," aku menjawab dalam hati. "Kalau mintak duit dari towkay takut dicop rasuah. Jadi jual cincin lagi senang. Bukan mereka nak sangat cincin tu tapi hasrat sebenarnya adalah untuk menghulur wang. Lagi pun cincin-cincin tu taklah seharga seperti dinyatakan," aku bertutur dalam hati lagi.

Seorang kawan lain yang menjadi pembekal kepada sebuah jabatan kerajaan menceritakan bagaimana dia menjadi pengutip kain batik ela Kelantan. "Bukan nak beli sangat,"terangnya, "Tapi setiap kali ke pejabat tu untuk mengambil cek pembayaran, pegawai kerani yang menjaga cek tu mesti mempamerkan dulu barangan jualannya untuk tatapan. Itu mesej haluslah. Kalau tak beli, tak dapatlah cek pembayaran. Dan harganya? Lebih mahal daripada di Aked Ibu Kota di Jalan TAR. Tapi apa boleh buat!"

Memang pandai pegawai kerajaan berniaga. Laris dan menguntungkan. Ini belum lagi diambil kira polis-polis yang menjadi possessor-lah, yang menjadi bouncer di disco-disco dan kulubu malamulah dan yang menjadi pegawai sekuriti peribadi. Banyak sekali peluang niaga yang meng'untungkan'.


Tuesday, April 04, 2006

Barakah

I.

Satu masa dulu di Sydney. Semasa melangkah masuk ke dalam teksi melalui pintu kanan di belakang pemandu. Pemandu teksi tersebut bertanyakan aku dengan nada tinggi. "What did you say?"

Aku tergamam, "I didn't say anything."

"No you said something. What did you say?" hentaknya.

Kawan-kawanku terkejut. Kehairanan. Mereka menyangkakan aku telah berkata sesuatu yang menyakiti hati pemandu tadi.

"You said something when you entered the taxi," dia menyambung lagi.

"No. I did not say anything." Aku meninggikan suara sambil membetulkan tali keledar.

"Yes. Did I hear you say Bismillah..." dia. Dengan suara yang lebih tinggi.

"Of course I said Bismillah..." Aku membalas.

"You are Muslim?" dia mengalih pandangan kebelakang.

"Alhamdulillah I am," aku menyahut.

"Asssalamu alaikum," dia menghulurkan tangan, "I am Mohammad. From Palestine."

Ah. Lega kami semua. Dan masing-masing memperkenalkan diri.

Itulah takdir pertemuan. Selalunya kami tak berbual dengan pemandu teksi kalau di Sydney, kerana bahasa mereka kadangkala kasar dan jarang pula yang ingin berbual.

Dalam perjalanan untuk pulang ke hotel kami berbual rancak tentang cara-cara masyarakat Islam mendidik anak-anak di tengah-tengah budaya yang bertukar-tukar dari kuning ke hitam. Tentang Palestine. Tentang sikap kerajaan terhadap pelarian Palestine. Dan tentang makanan halal. Dan hari itu kami makan halal di kedai Arab yang agak jauh dari kota Sydney, iaitu di Lakemba. Sempat bersolat di masjid Lubnan sebagai kesaksian ingatan kami kepada Allah dan yang pentingnya mendapat kawan baru.

II.

Dan satu lagi peristiwa lain. Sewaktu di Frankfurt, semasa tiba dari Leipzig dalam perjalanan pulang ke KL, entah apa kesilapannya, pegawai di Steigenberger Hotel yang terletaknya di Frankfurt Airport (di mana tempahan bilik telah dibuat oleh seorang sahabat) menafikan bahawa kami ada tempahan untuk bermalam di situ. (Selepas pulang, teman yang membuat tempahan telah memohon maaf kerana rupanya tempahan yang dibuatnya adalah pada hari berikutnya. Kesilapan haribulan!) Kerana kepenatan, aku malas untuk bertengkar panjang dengan pegawai hotel itu. Lantas aku mengajak temanku ke sebuah hotel lain, letaknya agak 3km. dari airport, yang menjanjikan bilik kepada kami sekiranya perlu.

Di perhentian teksi sewaktu itu ada dua buah teksi yang sedang menunggu pelanggan. Apabila diberitaukan destinasi, pemandu teksi pertama, yang berbangsa Afrika telah memanggil pemandu teksi yang di belakangnya dan bercakap-cakap sesuatu. Sangkaan kami, hari itu kami pasti akan dijual. Manalah tau.

"I will take you Sir," sahut pemandu kedua kepada kami. Kami tak berkata apa-apa dan terus menaikki teksinya.

Dalam perjalanan ke hotel, apabila beliau ditanya kenapa pemandu pertama tak mau mengambil kami,"No Sir, he wants to go to the City to change shift. Your hotel is off the way." jawabnya. Ahh, barulah lega perasaan kami.

Kemudian dia berpaling ke belakang dan bertanya, "You Malaysian? Last week I drove a Malaysian for few days," bilangnya dengan megah. Dan perbualan pun menjadi rancak. Sempat berbual tentang asal usulnya, waktu solat, makanan halal dan macam-macam lagi. Sesampai di hotel, dia menawarkan diri, "Tonight I take you to the Turkish mosque, then we go for dinner at a Turkish restaurant."

Alhamdulillah bukan satu masjid yang sempat kami tinggalkan kesaksian tahyatul masjid, tetapi di dua buah yang masing-masingnya berjauhan. Begitulah mesranya Ibrahim, nama pemandu tersebut, dengan kami. Beliau yang berbangsa Kurdish dan bermazhab Syi'ah, merupakan pelarian dari Turki. Selepas makan di sebuah restoran Turki, Ibrahim mengsyorkan pula kami singgah dirumahnya. Waktu itu sudah larut malam. Sesampainya kami di rumahnya, isterinya telah menunggu dengan juadah teh dan baklava, satu manisan Turki yang masyhur.

Keakraban yang terjalin itu bukanlah menghairankan, kerana pastinya ia timbul dari persamaan agama di antara kami dan Ibrahim (meskipun dia seorang Syi'ah). Tapi menghairankan apabila beliau tak mau menerima apa-apa bayaran upahan dari kami. Bersungguh-sungguh menolak pemberian kami.

Pagi keesokannya selepas Ibrahim menghantarkan kami pulang ke airport, temanku menghulurkan wang ke tangannya dan menyatakan, "This is for your children."

III.

Aku yakin bahawa perlindungan dari Allah SWT timbul dari keberkatan sedekah sebagaimana pesanan ibuku supaya sentiasa bersedekah sebelum bermusafir.

Thursday, March 30, 2006

Ikan Aya untuk Orang Kaya

I.


Sewaktu kecilku, kampungku di Kuala Terengganu, merupakan kampung yang termiskin. Mungkin di Malaya. Keseluruhan penduduknya adalah dari golongan kais pagi makan besok, dan kais petang makan kosong. Itulah Kampung Pantai Telok. Kini sudah tak wujud lagi, kerana kekerapan dilanda ombak tengkujuh, maka keseluruhan penduduk telah di tempatkan ke kawasan lain. Kebanyakan ke Seberang Takir.

Aku masih ingat kepada seorang kawan, bernama Awang. Abangnya juga bernama Awang, tetapi dipanggil Awang Long. Bapanya juga Awang. Pak Awang. Kesemuanya Awang. Kemiskinan hingga kepada ketidakupayaan untuk memilih nama-nama untuk keluarga. Hinggakan emaknya juga kami panggil Mak Awang.

Setiap kali aku kerumah Awang, makanan mereka hanya satu. Singgang kepala ikan. Kepala ikan aya. Atau ikan tongkol. Dan singgang ini mungkin sudah mula dimasakkan sebulan dulu. Hanya air yang ditambah setiap hari untuk menambahkan kuah. Kepala ikan tak diluakkan, kerana kalau dimakan, bermakna, habislah ramuan atau perencah utama makanan mereka. Dan yang aku ingat, adalah tentang baunya. Sudah enak. Kebolehan, kepandaian, keistimewaan orang Kuala Terengganu itulah satu-satunya. Menyinggang 'ikang aya'. Atau ikan tongkol. Ikan makanan orang papa dan miskin.


II.

Hari ini adalah kegembiraan kepadaku kerana ikan tongkol telah mencapai martabat yang tinggi. Martabat elit. Satu kepala ikan tongkol lauk nasi dagang telah mencecah tahap harga RM45.00!. Kurang RM5 sahaja daripada RM50. Masakan Mak Ngah Sapiah dari Chendering.

Kalaulah Awang dan Pak Awang dan Awang Long dan Mak Awang masih ada, kemungkinan besar mereka dapat mengaut sama manfaat ini, dan berupayalah mereka untuk menukar nama-nama mereka kepada Danial, Amar, Aina atau Atif.

Bandingkan. Di kawasan Masjid India, kepala kambing yang dimasak kari pekat, dijual pada harga RM25 satu kepala. Dan harga se ekor kambing adalah sekitar RM425. Jadi macam mana kepala ikan tongkol dinisbahkan dengan harga ikan, tak dapat nak dipastikan.

III.

Untuk memastikan yang memang juadah ini wajar diletak harga sebegitu, petang tadi aku menalipon seorang penjual nasi dagang yang aku kenali.

"Hello Mok Mek," aku membuka perbualan.

"Hello, hello. Awang ke tu?" beliau menyahut.

"Ya Mok Mek. Ning nak tanya sikit. Betur ke ppala ikang aya 45 rial se ppala?" Aku mulakan wawancara.

"Hor betur dor-oh lah tu Awang." jawab Mok Mek.

"Dah bak pa gak mahar macang bedir tu?" Aku meninggikan suara.

"Haih Awang. Ning Mok Mek nok kkabor sikit." Mok Mek pun mula meninggikan suaranya. "Le ning gok mung ingak geh berapa se-tong? Kayu api dok sah katalah. Kor mahar lagi pasa pohong kor payah nak cari. Lori upah bawok ikang nya naik arga bukangnya sikit. Doh upah nyyiang ikang pung mung ingat berapa? Naik jugak. Air batu pong bukangnya murah. Naik harga jugak. Doh mung ingak lada, asang gelugur, garang, nnisang, lekuah, gula, nyor dok naik ke? Mung ning gok kkecek melepah je. Harga minyak naik 30 seng, sapa nak beleber? Serema Mok Mek kena tanggung." Mok Mek meleter.

"Ya Mok Mek, betor Mok Mek. OK ya Mok Mek, nak gi semayang ggarik sebetar." Aku letak talipon, kerana jawapan balas tiada padaku.

Lagi-lagi sindrom 30 sen.

Wednesday, March 29, 2006

Logik, Sheikh!

Kegemaranku pada waktu malam, sekiranya keluar bersama teman-teman adalah untuk minum Cokelat Panas. Kerana ini memudahkan untuk tidur. Pada suatu malam, sewaktu aku bersama dengan seorang teman yang agak lama tak bertemu, seperti biasa aku meminta minuman tersebut daripada pelayan di restoran. Mendengar pesananku, Nassar, kawanku, ketawa terbahak-bahak. Sehingga menghairankan pelayan restoran.

"Kenapa Sar?" tanyaku.

"Bukan apa Sheikh," jawabnya. Memang beliau ini semenjak pulang ke tanah air, suka menggunakan gantinama Arab, seperti 'ana' dan 'anta', serta sering menggunakan 'Sheikh' untuk memanggil teman-teman. "Cuma teringatkan zaman jahiliyah dulu-dulu."

"Jahiliyah? Maksud anta?" jawabku.

"Hai, inilah kebodohan manusia," beliau mengeluh,"masa ana mula-mula tiba di Berlin dulu untuk mengambil PhD, setiap hari dalam musim salji, sebelum ke tempat latihan, ana akan minum segelas kecil brandy. Untuk memanaskan badan. Dan tengah-harinya pun sama. Maklumlah kesejukan di sana kadangkala dibawah tahap negatif."

"Habis tu?" aku kurang faham.

"Ini kebodohan Sheikh. Brandy hanya memanaskan badan untuk dua tiga jam. Selepasnya, ana kembali menggeletar kesejukkan. Dan ana hairan bagaimana teman-teman sekerja ana semuanya steady sahaja."

"Kemudian?" masih aku tak faham.

"Jadi satu hari ana tanyakan mereka. Macam mana anda memanaskan badan?" terangnya. "Dan jawapan yang terima daripada mereka amat memalukan ana, 'Heiße Schokolade. Herauf Ihren Körper zu heizen sie ist, das beste.' Minum cokelat panas. Tu terbaik untuk memanaskan badan! Dan keesokan harinya ana pun cuba. Aduh, sungguh malu. Ini ana yang membuat hukum sendiri untuk menogok brandy supaya memanaskan badan, konon-kononnya darurat, bukan saja mendapat dosa. Panas pun tak ada! Hanya akan mendapat kepanasan di neraka. Astaghfirullah."

Aku beristighfar panjang. Nassar juga nampak penyesalan pada air mukanya.

"Ini ana pulang ke tanah air, bukan apa-apa Sheikh. Ana mau mencari ilmu akhirat. Mungkin berkat doa mak ana agaknya. Dah penat ana menggunakan logik untuk membuat hukum hakam dan ternyata otak ana ini, meskipun mendapat PhD dari Germany pun, masih tak dapat memahami keperluan agama."

Tak beberapa lama kemudianya aku terserempak lagi dengan Nassar. Kali ini di Tol Sungai Besi. Beliau berpakaian serba putih dan berserban.

"Assalamu alaikum Sar!" sahutku, "Dari mana?"

"Wa alaikumus salam Sheikh. Ana dari kursus haji."

"Alhamdulillah," aku menyahut dalam hati. Begitu cepat Allah menukar hati manusia, yang begitu lama hanyut dalam arus mantika. Hanya dengan Cokelat Panas.

Monday, March 27, 2006

Ayah Man Yang Aneh

Tak abis-abis Tuan Jones ni mengacah-acah DITH. Siapa dia sebenarnya Imam Mat Zain tu? Imam Masjid Panching ke? Manalah tau kalau-kalau beliau ada mempunyai kepakaran yang betul istimewa untuk mengubat budak-budak demam atau ibu yang sakit buasir. Kemungkinan satu ruang boleh disediakan khas untuk pengubatan secara alternatif untuk dikendalikan oleh Tuan Imam tersebut, di kelinik DITH!

Yang saya masih ingat di Masjid Kuantan yang berbentuk seperti flying saucer atau kuali terbalik dulu, ada seorang tua yang dianggap ganjil oleh kebanyakan jemaah masjid. Beliau dikenali dengan nama Ayah Man. Banyak yang mengatakan bahawa Ayah Man ni kurang siuman. Tapi kepada saya, kecuali esentrisitinya yang suka bercakap bersendirian, Ayah Man ni tak berbahaya. Beliau senantiasa berbaju kot khaki hitam dan berserban lilit gaya Patani. Setiap kali membasuh pakaiannya di tempat wudhuk, beliau akan menjemur atau menyidainya di pokok-pokok yang dijadikan pagar di tepi longkang di sekeliling masjid. Tapi pakaiananya taklah banyak, hanya sehelai dua baju dalam Pagoda dan sehelai kain pelikat India.

Kalau pada hari-hari Jumaat, Ayah Man sering duduk di barisan belakang di ruang dalam masjid. Sewaktu khatib membaca khutbah, Ayah Man seolah-olah mengajar atau menyampaikan syarahan kepada entah siapa, kerana kami tak nampak akan sesiapa lagi di sekelilingnya. Selain daripada jemaah solat Jumaat yang memang tak memperdulikannya. Percakapan Ayah Man tu jelas meskipun tak kuat.

Mengingatkan pesanan arwah ibuku, supaya menghulurkan derma atau sedekah sebelum bermusafir, maka Ayah Manlah yang menjadi penerima yang tetap daripadaku setiap kali aku bertujuan untuk pulang kekampungku di Kuala Terengganu atau kerumah bujang di Kuala Lumpur. Keanehan Ayah Man adalah apabila menerima sedekah, beliau akan menepuk-nepuk belakang pemberi sedekah serta membaca doa-doa tertentu. Dan doa-doa ini kadangkalanya panjang juga.

Tak aku ketahui bahawa Ayah Man ni seorang manusia yang mempunyai kebolehan yang luar biasa. Satu hari seorang teman, Nordin Che Lah (bekas pegawai DARA dan sepengetahuanku kini mengendalikan stesen minyak di Jalan Gambang) menziarahiku di pejabat, dan menceritakan tentang anak saudaranya yang hilang selama 4 atau 5 hari. Budak ini merupakan seorang budak yang tak bermasalah di rumah atau di sekolah dan kehilangannya menghairankan kaum keluarga dan kawan-lawan. Setelah habis seluruh pelusuk bandar Kuantan dicari dan masih lagi tak berjumpa, akhirnya terlintas di fikiran Nordin untuk meminta pertolongan Ayah Man.

Pada petang hari kedua kehilangan beliau pergi berjumpa dengan Ayah Man yang ketika ditemui sedang bercakap-cakap bersendirian di serambi Masjid. Setelah diceritakan tentang masalah yang di hadapi oleh keluarganya, Ayah Man tak berkata apa-apa, hanya mengangkat tangan sambil melambai-lambai dan menjerit dengan lantang, "Haih, Awang. Balik." Selepas melakukan sedemikian Ayah Man pun kembali ke alamnya yang tersendiri dan Nordin pun pulanglah dengan perasaan sedikit hampa kerana tak ada apa-apa yang diceritakan oleh Ayah Man tentang masalahnya atau telahannya tentang keadaan budak yang hilang itu.

Keesokan harinya budak yang hilang itu, pulang kerumah. Dalam keadaan yang lesu dan seperti baru terbangun dari tidur. Apabila ditanya beliau menceritakan:

"Awang terdengar satu panggilan sewaktu melintasi stesen bas di bandar dan Awang pun terus menaikki bas. Tak teringat apa yang berlaku di atas bas, tetapi apabila tersedar, ternampak ada sungai dan masjid. Awang pun menuju ke masjid dan telah tinggal di situ. Tak ingat berapa hari di situ. Tapi pada satu petang, terdengar ada suara memanggil Awang dan menyuruh Awang pulang. Lantas Awang pun pergi ke stesen bas yang tak jauh dari masjid tadi dan tau-tau dah sampai di Kuantan."

Daripada ceritanya adalah diduga yang telah menaikki bas sehingga ke Kuala Lumpur kerana pada waktu itu stesen bas Kuantan - Kuala Lumpur adalah di Jalan Melaka dan letaknya pula tak jauh dari Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Itulah keanehan Ayah Man. Penuh misteri.

Tuesday, March 21, 2006

Kuala Lumpur, oh Kuala Lumpur

I.

Selalunya di persimpangan lampu isyarat yang sebok. Kerapkali di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail. Pandai beliau mencari mangsanya, dan yang ditujunya pula hanya orang-orang Melayu. Sewaktu kereta berhenti untuk menunggu lampu bertukar warna, atau sewaktu menunggu Polis Trafik yang menjaga memberi laluan, beliau akan datang ke sebelah pemandu dan mengetuk cermin.

Pemandu menurunkan cermin, dan sebelum dapat berkata sesuatu, beliau akan bersuara, “Encik, mintak tolong. Saya kehilangan dompet. Ni nak balik ke Seremban kerana anak sakit.” Sambil menunjukkan anak kecil yang sedang tidor di bahunya. Tak sempat menjawab, beliau akan menyambung, ”Tolong encik, hanya RM10 bagi mencukupi tambang. Ni dah ada RM5 dah.” Dan beliau akan menunjukkan gumpalan wang RM5 dalam tangannya.

Kerana tak mahu menjadi penghalang kepada lalu-lintas sekirannya lampu bertukar hijau, pemandu akan menghulurkan RM5 atau seberapa. Kerana perasaan kasihan. ”Kesian, budak kecil itu,” mungkin terlintas di hati pemandu itu.

Dan esoknya..... ada lagi. Orang yang sama. Pakaian pun sama. Berlari-lari dari kereta ke kereta.

Satu hari sewaktu aku bersama seorang kawan, dia datang ke keretaku. Modus operandi yang sama. Lantas aku menjawab,”

”Hooih, takkan hari-hari kehilangan dompet. Minggu dulu dah bagi RM5 tak balik Seremban lagi ke?”

Sangka ku beliau akan lari apabila ditegur begitu. Tetapi. Aku dimaki hamunnya dan beliau meludah-ludah pula ke arah kereta. Bahaya.


II.

Di masjid pun sama. Kelihatan cemas dan mencari-cari sesuatu di celah-celah tangga dan di sebalik tiang. Selalunya sewaktu jemaah dah tak ramai di masjid.

”Kenapa Bang?”

”Aduh Dik, seluar Abang kena curi. Habis.”

”Kat mana Abang letak?”

”Ni, sewaktu pergi mengambil wudhuk, letak di depan tangga ni, tiba-tiba lepas menyapu muka, tengok-tengok, hilang dah.”

Aku pun tolong-tolong mencari kalau-kalau ada tercampak seluarnya di mana-mana.

”Tak adalah bang.”

”Dik, abang ni nak balik Kuantan dengan anak saya,” sambil beliau pun menunjuk ke arah seorang budak kecil yang berada di tangga masjid. ”Ada kecemasan. Isteri sakit berat. Tolong dik, nak lepas duit bas sahaja. RM25 je.” dengan muka yang sedih.

Kerana ini dalam masjid dan teringatkan sabda Rasul bahawa menolong se-seorang dalam kesusahan dunianya, dijanjikan ganjaran yang besar, maka ”Ni Bang, ambil RM5 lagi untuk belanja minum air.”

Abang itu, bukan setakat berterima kasih, malahan mencium tangan lagi.

Dalam bulan yang sama, sewaktu di masjid KLCC ternampak lagi orang yang sama sedang bercakap-cakap dengan seorang jemaah. Kelihatan merayu-rayu dan jemaah tadi pun menyeluk saku untuk mengambil duit. Aku memerhatikan dari jauh.

Aduh. Terkena lagi.


III.

Suatu hari sewaktu aku dalam kedai mamak di Jalan Bukit Bintang, terdengar orang berlari-lari di depan kedai.

Aku pun keluar dan kelihatan seorang lelaki sedang menggosok-gosok belakang anak kecilnya sambil menyapu-yapu minyak Cap Kapak di dadanya. Mamak kedai tu cepat-cepat mengambil kerusi untuk budak kecil yang nampak dalam kecemasan itu.

Aku yang penyebok, sebagaimana kebiasaannya, bertanya, ”Kenapa?”

”Anak saya ni lelah. Tadi nak ke farmasi untuk beli nebuliser. Duit tak cukup, pergi ke ATM kad pulak kena telan kerana tersalah PIN.”

Terdengar saja ATM, maka aku pun senyum. Ni biasalah.


IV.

Menipu lagi. Dan ayah menggunakan anak lagi.

Kuala Lumpur. Oh Kuala Lumpur.

Saturday, March 18, 2006

Lope. Jom Berbudi

Lope,

I.

Jumaat lepas, sewaktu aku dalam PUTRA LRT dari Taman Bahagia ke Dang Wangi, di depanku, seorang wanita muda berkemeja T merah. Rupanya seiras Aishwarya Rai. Aiih itu bohong Lope, tak serupa, hanya seakan-akan. Tak, ini pun sudah terlebih gambaran, sebenarnya beliau anak Mami. Kebetulan hari tu tak ramai orang dalam LRT jadi suasana taklah bising.

Talipon bimbit anak mami tadi berdering. "Kriing, kriing....." (Sekarang ni talipon berdering tak semestinya berbunyi 'kring, kring'. Sudah terdapat beranika jenis bunyian.)

"HELLO......" aku tak dapat mendengar suara pemanggil, kerana dudukku berhadapan. Seberang tempat duduknya. Jadi berjauhan. Ya berjauhan pun dapat mendengar jelas suara anak Mami tadi. Kerana beliau bukan berbual tapi menengking.

"HAAH? .....Nak APA?.......hah?....HOOI! jangan pandai-pandai,.....hah,...HOOI, HOOI, DENGAR SINI! Tadi mak dah masak dah nasi kau. .......Nanti simpan elok, elok,......HOOI,KAU JANGAN MENGADA-GADA,........HOOI! Mengada kau!....DAH!"

Dalam hatiku, mungkin beliau bercakap dengan anaknya yang pekak atau sudah rosak akal. Atau mungkin dr. jalanan. Mat Gian. Seorang penagih. Agaknya. Tapi beliau ini baru berumur sekitar awal 30-an. Jadi besar kemungkinan anaknya baru 10 tahun. Takkan penagih pulak. Atau mungkin pulak anaknya dilahirkan mongoloid atau istimewa, dan susah nak reti arahan. Tapi takkanlah pulak berhooi-hooi dan berhaaah-haah. Atau mungkin inilah bahasa anak Mami. Tapi dulu aku pernah bersekolah di negeri Mami-Mami di Pulau Pinang, dan yang aku masih ingat percakapan mereka berlenggok-lenggok macam lagu Tamil, dan taklah sebegitu.

Oh ya. Dan aku pun teringat akan blog kamu. Tentu sekali dia ini cemburu kerana tak dapat menikmati habuan berbillion-billion Ringgit dari penjualan Southern Bank Berhad. Jadi kemarahan itu terbawa-bawa.

Tapi yang aku lihat Lope, ramai juga orang-orang KL yang sebegitu. Jadi besar kemungkinan ramai yang cemburu dan bertambah marah juga akibat dari 'Sindrom 30 sen'. Tentang sindrom 30 sen ini pula aku terbaca dalam akhbar tabloid tempatan. Lebih dahsyat dari penyakit ayam atau JE.

II.

Di sebelah wanita tadi ada dua orang lagi budak-budak pompuan Melayu. Pakaian mereka serupa dengan anak Mami tadi, jadi sudah tentu mereka semua bertugas di tempat yang sama.

Yang seorang, gemuk sedikit bertanya kepada kawannya yang kecil sedikit, "Kenapa supervisor tu selalu manggil kau?"

"Ah dia tu syok kat aku."

"Habih tu, macam mana?" tanya kembali yang membuka pertanyaan tadi.

"Tak maulah. Tak ingin aku!"

"Kenapa?"

"Ah, dia tak bersunat!" jawabnya selamba.

Fikirku dalam kepalaku Lope, (sudah tentu berfikir dalam kepala, kerana otak berada dalam kepala), macam manalah anak-anak gadis ni, tak ada finesse langsung dalam pertuturan sesama mereka di tempat umum.

III.

Justeru, tepat sekali Kerajaan Malaysia (bukan Malaya) melancarkan kempen Budi Bahasa.

Sewaktu kecilku dulu, kempen yang sering diadakan adalah yang berslogankan BAHASA JIWA BANGSA.

Entah apa jadi kesudahannya!

IV.

Sekian adanya Lope. Manikkam. Itu saja peristiwa atas Putra LRT.


p.s. Seperti juga Tuan Jones, ini blog yang tak dapat dibaca kembali kerana masalah untuk melayari blog masih berterusan. Hanya dapat menulis. Mungkin Administrator blog, ingin menjimatkan tenaga kerana kenaikkan harga minyak.

Tuesday, March 14, 2006

Saturday, March 11, 2006

Porno

“Indonesia berevolusi terlampau deras.” Itulah pendapat teman saya Pak Rachmat, pada suatu pagi sewaktu kami berbincang tentang politik Indonesia di bawah Bapres SBY. Di Indonesia, kesemuanya di akronimkan. ‘Bapak President’ menjadi ‘Bapres’. ‘SBY’ pula adalah singkatan kepada ‘Susilo Bambang Yudhoyono.’

“Maksud Bapak?” seruku.

“Ya ngapa tidak, Pak Keng, sekarang demokrasi terlampau maju sehingga segala apa yang hendak dijadikan undang-undang, perlu dibicang secara terbuka terlebih dulu sebelum diputuskan oleh MPR sebagai undang-undang.” Balasnya. "Ramai rakyat Indonesia masih bingung dan terkejut dengan kebebasan yang tertiba begini, sebegitu cepat dan berlainan terus dari keadaan semenjak Bung Karno dan kemudiannya Pak Harto dan seterusnya sehingga Bu Mega."

“Kan baik begitu!” ujarku pula.

”Ya, kok gitu sekali, ada isu yang bisa dibawa ke umum secara meluas, dan ada yang tak perlu.”

”Tak paham Pak,” aku menjawab, ”Maksud Bapak bagaimana?”

”Yah, ini isu pornografi dan pornoaksi yang mau diharamkan di seluruh Indonesia. Apa perlu dibincang-bincang? Kan budaya Indonesia sendiri teratur dan bertertib serta bersopan. Apa perlu dibincangkan tentang apa itu budaya dan apa pula vulgarita?”

Secara kebetulan sewaktu aku di Jakarta, heboh tentang Ainul Rokhimah (’Ainul Rohimah atau Mata yang Penuh Penyayang), yang berentap dengan Hj. Raden Oma Irama atau Rhoma Irama, raja dangdut Indonesia. Ainul amat berkecil hati kerana dalam hujahnya kepada satu badan penilai, Rhoma menyokong kuat pengharaman keatas pornografi dan pornoaksi kerana kesan-kesan negatifnya kepada umum. Dan dalam memberikan contoh yang dimaksudkan, Rhoma telah mengungkit tentang pornoaksi yang diaksikan oleh Ainul.

Ainul pula berhujjah kembali bahawa beliau amat sedih, kerana dalam aksi-aksinya pakaiannya sopan. Tidak mendedahkan kulit atau isi yang kental. ”Kok gue dibilang lucah. Ini keterlaluan, deh. Apa gue lebih teruk dari pengacara di kaca tivi yang menonjol pangkal payudara dan peha mereka? Kenape gue difitnah gini deh? Gue sedih mas, sungguh ngak adil Haji Rhoma bilang gue gitu.”

Gitulah perentapan antara Ainul yang lebih dikenali dengan nama glamornya Inul Darutista dan Rhoma Irama. Darutista pula bererti ’Dara yang berdada besar', yang masyhur dengan persembahan dangdut bergaya bekel atau loncat sana, loncat sini dengan liar membuat orang menjadi gempar. Masyhur dengan gerudi pinggul atau ngeburnya.

Memang diketahui umum bahawa matlamat Rhoma adalah untuk menghalang penginulisasi (INULisation) ketitisan darahnya yang terakhir. ”Dada Inul membara dengan hasutan; lebih bahaya dari SARS,” ujar Rhoma.

”Ya, Pak Keng, beginilah Indonesia. Dan ada pula yang anti undang-undang itu bilang bahawa telanjang bukan lucah. Itu satu seni.” Keluh Pak Rachmat.

‘Ainul Rokhimah binti ‘Abdullah. Jo' sedih mbak, Yo wis goyang teruuus. Kalaulah mbak bukan dari jenis yang akan mati. Teruskan. Teruskan.

Dan di Malaysia, apa kurangnya. Sudah banyak juga orang yang berkepala sebegitu.

Ini pertunjukkan Inul di Malaysia tahun dulu. Usah bilang yang penonton yang gila-gila tu dari masyarkat Indon. Yang memberi izin tu siapa?

Tuesday, March 07, 2006

mohon maaf

Maaf, sedara-mara sekalian. Tak membalas komen-komen dan juga mengupdate blog. Sekarang di Jakarta semenjak pagi Ahad lalu. Mungkin pulangnya hari Rabu sore dan awal pagi esoknya pula akan ke Labuan.

Jadi macet dong minggu ini. Capek total.

Mas-mas dan kang-kang, ibu-ibu dan nona-nona di Jawa semua bertitip salam. Mereka semua waras-waras dan pesanan mereka jangan kuatir, Keng disini sihat-sihat kerana aqua Jakarta putih, bersih dan enak.

Akan update insha Allah.

Friday, March 03, 2006

Bull

In a nutshell, our messages to Puncak Niaga Sdn Bhd, the State Multimedia, Environment and New Village Development Permanent Committee and also the Cabinet, are that the respective explanations on the stench in the water, the safety of the water and the reason for the increase in petrol, are:



SO, our message to them is simple:

Thursday, March 02, 2006

logik yang tak logik

Berdasarkan kepada logik Negara, jangan menyusahkan diri sendiri. Maka:

  1. Berg, kamu mesti kawin empat sekaligus. Jangan satu dan satu dan satu dan satu. Menyusahkan. (Sayuti, kamu tak layak kerana kamu dah berkahwin).
  2. NBB minta pada zee bozz kenaikan gaji dan elaun untuk tiga atau empat tahun sekaligus. Usah minta untuk tahun ke tahun.
  3. DITH, kalau ada pasyien yang sakit kronik jangan caj dia untuk setiap kali lawatan dan rawatan. Caj terus untuk setahun atau paling baik tiga tahun. Beres.

Berg, jangan lupa minta diskaun untuk wang hantaran. Dan NBB dan DITH, jangan lupa bagi diskaun untuk bayaran berganda itu.

Apa? Anda katakan ini cadangan orang gila? Aku tak gila berdasarkan kepada rasional untuk kenaikkan minyak oleh kabinet Malaysia baru-baru ini.


THAT FUEL PRICE HIKE:

The net reason
Azura Abas

KUALA LUMPUR, Wed.
------------------------
The Government tonight offered the stoutest defence yet for its decision to raise petrol and diesel prices by 30 sen per litre.

On the rationale for raising fuel prices by 30 sen and not 10 sen or 12 sen as before, he said: "Last year, we raised the retail price of petrol, diesel and LPG three times."

Collectively, he noted, these three increases amounted to 45 sen.

"Which is better? Raising it three times or only once?"

He said there was no reason for traders to increase the prices of goods and services.

Mengikut stail A Jones, "hahahahaha hahahahaakuhahaha haahahasungguhhahaha hahahahageli hahahaha hahahahaha hahahahahatihaha mengikutihahaha hahahahahaha hahahalogikhahayang hahahahaha hahahahahahbegituhaha hahahatakhaha hahahahahahalogik. Hahahahahaha hahaha"

Inilah namanya logik Phua Chu Kang atau juga logik Mr. Bean. Yeop, kalau orang asyeli kawan deme tu mereka guna logik lebih hebat kan?

"Everything faded into mist. The past was erased, the erasure was forgotten, the lie became the truth." - George Orwell, 1984

Wednesday, March 01, 2006

Excess Ammonia? More like Hydrogen Sulphide!



Hah. Akhirnya hilanglah bau yang menghantui kami di Selangor dan KL. Tapi, kenapa Kerajaan Selangor tak mengeluarkan Kenyataan Akhbar dari awal, supaya tidak dimaki, dikecam, dikutuk dan tidak dilemparkan dengan tohmahan dan tuduhan yang bukan bukan?


Residents happy water no longer smells bad

KUALA LUMPUR: The stench in the water has diminished and some residents are calling for a rebate for the smelly water.

On Monday, readers of The Star complained that they could not drink, wash or cook with the water that flowed from their household taps because of a foul odour emitting from it.

Some went as far as saying that the water smelled of faeces.

But the Selangor state government said the water was safe to drink and was not contaminated.

Read more ....



UPDATE:

AMMONIA IN THE WATER??

The Malay Mail reported this afternoon that:

An official from Puncak Niaga Sdn Bhd gave this explanation to State Multimedia, Environment and New Village Development Permanent Committee chairman, Datuk Ch'ng Toh Eng, yesterday.

Ch’ng was informed that the ammonia reading at the three phases of the scheme stood at 1.2 parts per million (ppm), which is below the normal reading of 1.5ppm.

"I was told that the ammonia level in Sungai Selangor was very high, recording a reading of more than 9ppm on Feb 25. However, it has come down to a safe level."

Ch’ng said he was told that chlorine had to be added to reduce the ammonia content.

"However, the mixture of the two elements created the foul stench," he said.

Ch’ng said the smell would disappear in the next few days. "I have asked the Department of Environment to investigate the reason for the excessive ammonia in the river," he said.

Ch’ng said the water was safe for drinking.

"The health department has given the assurance that the water is drinkable and poses no threat to health," he said.

It was reported in The Malay Mail yesterday that thousands of Klang Valley households had received stinking water from their taps since last Saturday.

Now, let us try to understand the report:

  1. Normal reading of ammonia in water should be 1.5 parts per million (ppm);
  2. Recorded level (yesterday?) was 1.2 ppm. Meaning that this is below the maximum level allowed; BUT
  3. On Feb 25, the recorded level was 9 ppm.
How did the ammonia get into the water? They will investigate, according to Dato Ch'ng.

But according to a journalist friend,
"Hari tu hujan lebat bang, jadi paras air sungai naik dan telah melimpah ke dalam takungan air di loji. Dan bang, kebetulan ada kilang yang mengambil kesempatan dari hujan yang lebat itu telah membuang sisa toksid kilang yang mengandungi ammonia ke dalam sungai."
And now this answers the question of how the excess ammonia got landed in the water. But why tell us of excess ammonia in the water. Is ammonia used in the process of filtering water? Not that we know of. Chlorine, definetely.

But to quote Dato Ch'ng, ""The health department has given the assurance that the water is drinkable and poses no threat to health."

It might be OK with you Dato. I'm not.


Monday, February 27, 2006

air wek wek di Selangor


BOLEHKAH SESIAPA
MENGESAHKAN KEPADA SAYA,
SAMA ADA
INDAH WATER BERHAD,
(syarikat yang mengendalikan pembuangan najis dan pusat kumbahan najis)
dan
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR,
TELAH BERGABUNG?

INI KERANA,

INI ADALAH HARI KE-EMPAT,
AIR DI KAWASAN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
,
BERBAU NAJIS iaitu TAHI,
SEPERTI AIR
DI PUSAT KUMBAHAN NAJIS!



WEK!!




Sunday, February 26, 2006

Double Standard

The news (right below) that I missed while I was away.

I salute Tun Mahathir for his stand on this issue (and I hope he will take similar stand on other issues, as well).

Now we are playing on semantics. Yes, semantics.



Mahathir Syor Pengarang NST Digantung Tugas

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengarang New Straits Times (NST) patut digantung untuk tempoh “dua hingga tiga bulan” kerana menyiarkan dua kali kartun berkaitan kontroversi karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

“Walaupun akhbar itu tidak digantung, pengarangnya patut digantung kerana orang boleh melihat apabila beliau menyiarkannya, beliau tidak faham perasaan orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, dengan mengambil tindakan terhadap akhbar itu, kerajaan membuktikan ketegasannya tidak ada yang terlepas daripada dihukum.

Akhbar berusia 160 tahun itu, antara yang tertua di rantau ini, menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kelmarin kerana menyiarkan kartun Non Sequitur oleh Wiley Miller.

Ia menunjukkan pelukis tepi jalan duduk di kerusi bersebelahan papan yang bertulis: “Karikatur Muhammad (SAW) Sementara Anda Menunggu” di halaman sisipan Life & Times pada Isnin lalu.

Dr Mahathir juga menyifatkan NST tidak sensitif kerana menyiarkan semula kartun itu, kelmarin. “Mereka sungguh tidak sensitif dan mereka sepatutnya sensitif kerana mereka tahu cerita ini bukanlah sesuatu yang secara tiba-tiba timbul. “Jadi kenapa dia siarkan? (kartun itu). Ia menunjukkan dia kurang faham dengan sentimen orang Islam. Mereka siarkan sekali lagi semalam (kelmarin) seolah-olah menyoal apa sangatlah benda ini, tak ada apa pun,” katanya. Bekas Perdana Menteri berkata: “dengan bertanyakan orang ramai soalan ‘lihat inilah yang kami siarkan, apa sangatlah salahnya?’ sudah membuktikan bahawa dia tidak faham. Pada masa yang sama dia siarkan semula kartun itu.”

Dr Mahathir berkata, dengan mengenakan tindakan terhadap akhbar itu, kerajaan akan membuktikan bahawa ia tidak membezakan antara akhbar yang menyokongnya dan mereka yang berkecuali. “Jika ia telah melakukan kesalahan, tindakan akan diambil dan tindakan itu haruslah konsisten,” katanya merujuk kepada penggantungan akhbar Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW itu.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hujah mengatakan NST tidak menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang menjadi kontroversi itu, sebaliknya hanya memaparkan kartun mengenai isu itu.

“Dengan mengatakan seseorang itu duduk di sana dan mengenakan sejumlah bayaran untuk melakar karikatur (Nabi Muhammad SAW), ia bermakna anda mengatakan bahawa ini tidak apa-apa (sedangkan ia bukan),” katanya.

- Bernama.
Feb 24,2006


p.s. "Tun, err Tun! Komen tentang zaman dulu tak ada razor-blade, maka orang terpaksalah simpan janggut, dan janggut tu bukanlah sunnah, kita tutup buku saja ye? OK?"