Powered By Blogger
Showing posts with label Hud. Show all posts
Showing posts with label Hud. Show all posts

Friday, November 10, 2006

Indeks Yang Meningkat



Tanbih / Peringatan:

The Prophet sollahu 'alihi wassalam said:

"Allah does not punish the individuals for the sins of the community until they see the evil spreading among themselves, and while they have the power to stop it, do not do so." (Ahmad)

Shaykhul-Islaam Ibn Taimiyyah said:
"This is why those who are in authority are of two groups: the scholars and the rulers. If they are upright, the people will be upright; if they are corrupt, the people will be corrupt."

The Noble Qur'an - Hud 11:85
And O my people! Give full measure and weight in justice and reduce not the things that are due to the people, and do not commit mischief in the land, causing corruption.

The Noble Qur'an - Hud 11:113
And incline not toward those who do wrong, lest the Fire should touch you, and you have no protectors other than Allâh, nor you shall be helped.

The Noble Qur'an - An Nisa' 4:79
Whatever of good reaches you, is from Allah, but whatever of evil befalls you, is from yourself.


Saya sedang mencari-cari ahli-ahli yang pandai menghuraikan hal-hal di atas.

Saturday, January 28, 2006

Iman dan Akal

I.

“Tidak beriman orang yang tidak berakal.”

Saya terlupa sama ada ini sebuah hadith atau kata-kata hikmah (tolong betulkan, sdr. zizie ali). Adakah Einstein dan ramai pemenang-pemenang anugerah Nobel yang lain, tidak berakal kerana mereka bukan Islam? Adakah guru al-Quran dari Kuala Selangor yang dijatuhkan hukuman kerana meliwati muridnya baru-baru ini berakal kerana ia seorang ustaz dan sudah tentu seorang Muslim?

Kenapa banyak orang Melayu sekarang menjadi murtad, dan orang-orang Kristian menerima cahaya keIslaman?

Semuanya adalah berpunca dari akal. Begitu bertaburan di dalam al-Quran ayat-ayat yang mempertanyakan seberapa mampu kita menggunakan akal fikiran. Afalaa tatafakaruun? Afalaa ta'qilun? Apakah engkau tidak berfikir? Apakah engkau tidak berakal?

Allah Azza wa Jalla berfirman dalam Surat Aa-li ‘Imran ayat 190-191,

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Rasulullah SAW. setiap menjelang subuh selalu membaca ayat ini sehingga berlinang air matanya.

Kesimpulannya akal yang digunakan untuk bertafakkur (contemplation) untuk memahami tentang kejadian alam akan membawa manusia kepada pencipta (khaliq), dan seterusnya kepada kaedah untuk meyesuaikan diri dalam ciptaanNya, iaitu kepada manual kehidupan atau agama. Kerana kecetekan ilmu pula, ada yang memilih agama ciptaan manusia yang pada pendapat mereka senang untuk menyesuaikan dengan keadaan yang juga ditetapkan oleh manusia.

Ada yang memilih untuk memuja-muja syaitan Lucifer misalya, seperti kumpulan Black Metal, kerana itu memudahkan mereka untuk memuaskan nafsu dengan secara bebas. Bukan saja kumpulan ini yang bodoh malahan ibu-bapa mereka juga tidak berakal kerana tak dapat hendak mengawali tingkah kelakuan anak-anak mereka yang amat ganjil dan luarbiasa (weird). Pemilihan oleh itu akan berdasarkan kepada nafsu yang terbendung dalam diri mereka, dan bukannya lagi kepada tuntutan keadilan. Kerana mereka tidak berakal.

Orang-orang Barat lebih banyak bertafakkur dalam kehidupan seharian mereka, dan mereka lebih mudah untuk bersyukur. Dan inilah yang senang membawa mereka kepada Islam. Malahan bertafakkur itu dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran yang tinggi.

Al-Qur'an sangat mencela terhadap golongan yang ramai apabila di dalamnya hanya diisi oleh orang-orang yang tidak berakal, tidak berilmu, tidak beriman dan tidak bersyukur; sebagaimana disebutkan dalam berbagai tempat di dalamnya:

"... akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahamiya."
(al-Ankabut: 63)

"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(al-A'raf:187)

"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."
(Hud:17)

"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
(al-Baqarah: 243)

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah..." (al-An'am: 116)
Sekirannya sang Ustaz yang meliwati muridnya berakal, beliau sama sekali tidak akan berfikir untuk memuaskan nafsu syahwatnya persis binatang yang hilang akal. Mustahil bagi binatang yang tak hilang akal untuk melakukannya. Jadi manusia seperti ini bukan saja tak berakal malahan lebih hina dari binatang yang tak berakal! Hilang agamanya sama sekali.

Tidak peliklah ramai Melayu yang menjadi murtad kerana Melayu tidak pandai bersyukur dan berfikir; dan sebaliknya ramai orang bukan Islam memilih Islam sebagai panduan hidup.

Dan hakikatnya orang-orang Melayu tidak lagi pandai berfikir kerana mereka malas membaca buku-buku dan majalah-majalah yang berkualiti. Lihatlah apa yang terdapat di pasaran untuk tatapan bacaan mereka. Kalau tidak bahan hiburan, gossip dan tahyul!



Adakah bertafakkur secara begini akan menemukan kepada keimanan?



II.

Naluri semulajadi manusia akan menggerakkan kebolehan yang terpendam dalam diri seseorang untuk bertindak secara tersendiri apabila terpandang akan kecantikan alam. Seorang penyair misalnya akan mengubah dalam benaknya sebuah mesej cinta; pelukis pula akan menghayati pengalaman itu pada kanvasnya; dan kanak-kanak akan menyimpan suasana itu dan mengcungkilnya kembali apabila ia terkenangkan kampungnya pada suatu masa yang akan datang. Itulah antara cara bagaimana akal bertindak.



Rabbana ma khalaqta haazhaa baathila, subhaana faqinaa azaaban-nar.
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Itulah doa yang disarankan oleh Rasulullah SAW apabila melihat kejadian alam yang menakjubkan.

Yang terbaik adalah akal yang merapatkan diri kita kepada Khaliq atau Pencipta. Ia akan selalu menggambarkan kebesaran Allah SWT, mengingat dan mengenang kebijaksanaan, keutamaan dan banyaknya nikmat Allah SWT kepada diri kita. Memikirkan keajaiban yang terdapat dalam penciptaan Allah dan menggambarkan kesempurnaan alam dan kekuasaan Allah SWT sebagai penciptanya. Dengan inilah kita akan memperolehi manfaat dan faedah yang baik.