Powered By Blogger

Friday, May 25, 2007

Sejarah Berdarah






Semenjak 1957, meskipun Malaya telah Merdeka, matawang yang digunakan adalah sama untuk negara-negara Malaya, Singapura dan British (North) Borneo, disamping penggunaan Straits Dollar yang berlandaskan kepada British Pounds.

Pada tahun 1967, akibah nilai British Pounds terhakis sebanyak 15% maka, Kerajaan Malaysia telah menawarkan penukaran Straits Dollar kepada matawang diatas pada nilai yang sama, sehingga ke satu tarikh yang telah ditetapkan. Selepas tarikh tersebut penukaran adalah kurang sebanyak 15% mengikut kadar depresiasi matawang sebenar.

Peniaga-peniaga Pulau Pinang, di bawah anjuran Labour Party telah membantah keras langkah ini dan telah menganjurkan mogok besar-besaran untuk menutup kesemua perniagaan pada hari yang telah ditetapkan, iaitu 19 November, 1967. Mogok dengan menutup perniagaan ini, dipanggil hartal.

Arahan hartal ini dihebahkan dalam bahasa yang bukan bahasa Tanjung, maka manalah satu mami di Jalan Perak tu tau hari tu ada depa panggil semua mai ajak mogok. Dia pun niagalah macam biasa. Dan goreng pisang pun macam biasalah, nala punya laris. Tiba-tiba mai kumpulan apek-apek dari persekitaran itu, tolak sama mami tadi dan jugak dia punya dapok dan gerai, dan habis berseleraklah atas tanah; pisang dan minyak dan mami dan duit-duit mami. Apa lagi sheikh-sheikh Jalan Perak yang dok mai nak beli goreng pisang tadi pun naik sheikh la. Tibai punya tibai, mula-mula sikit lama-lama jadi ramai dok mai numpang sekaki dua kaki. Melarat. Aku tibai hang, hang tibai aku. Pecah sana, pecah sini. Mami keriau, "Awat cet ni?" Depa buat tak dengaq.

Dari asrama saya di Ibbetson Road / Batu Lancang Lane (di belakang rumah Dr. Roza) pun nampak api sana api sini, melarat sampai Rifle Range, Kampung Baru, rata-rata. Tiga hari kami berkurung. Hari mula-mula makan nasi dengan sardin. Hari kedua makan nasi dengan telur goreng. Hari ketiga nasi sikit dan kepala ikan bilis sikit. Tokyu pun takdak. Makan hanya sekali setiap hari. Nala punya lapaq. Yang lapaq tak apa, yang putus rokok lagi naya.

Itulah rusuhan akibat hartal di Tanjung.


Dua tahun selepasnya, apabila Gerakan memenangai pilihan raya dengan kerusi yang banyak, depa naik syeikh pulak dah di KL.

Habis masuk kampung-kampung Melayu, mereka berarak, meraung-raung dan bertempik dan berrempit. Riuh rendah siang malam, maki hamun Melayu. Dengan macam-macam bahasa yang celupar. Cuba lihat gambar di atas. Mereka bawa penyapu untuk menyapu Melayu. Bukan UMNO tetapi Melayu.

Cuba tengok baik-baik. Ini bukan pembohongan kerana saya sendiri menyaksikan mereka masuk Kampung Baru, Dato' Keramat, Gombak, Kampung Batu, Kajang dan merata-rata. Akhirnya pemuda-pemuda membuat perhimpunan di rumah Dato' Harun Idris di Kampung Baru, dan petangnya apabila mereka mendapat berita yang penonton-penonton Melayu yang keluar dari Panggung Federal telah ditetak oleh kumpulan samseng dari Raja Laut, maka bermulalah sejarah yang dimaksudkan.



Nota:
1. Gambar dengan ehsan Boneka, Penyu dan SPR. Dan Boneka pula mengambilnya dari Forum Tempur Politik. Terima kasih Bro.

2. Caption pada gambar dari Utusan Melayu: Gambar perarakan 'kemenangan' di atas menunjukkan "penyapu untuk menyapu orang-orang Melayu". Gambar bawah: Penyokong-penyokong Gerakan dalam mabuk 'kemenangan'.

3. Tokyu = kicap




31 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

allahhuakbarrr..
sejarah ni akan berulang bang...
bukalah mata wahai melayu.

tegezoot said...

sejarah yg sebegini patut kita ingati dan tak patut sangat dirahsiakan! terus-terang saya berterima kasih dan bangga ada orang yg sebangsa dengan saya macam sdr kukeng ini. Tapi, jika peristiwa seperti ini berulang lagi, apa nasib Melayu? Macam kes kampung rawa beberapa tahun lepas, diwad emergency yg banyak dibawa masuk bukannya bangsa lain, sebaliknya org kita yg kononnya hebat! Anak Melayu sekarang semuanya suka serbu tembok! Langsung tak ambil peduli tentang ilmu, lebih-lebih lagi ilmu pertahanan. Berani bila nak buat ramai saja!

Pa'chik said...

terima kasih keng.

golongan pemimpin tu yang banyak celakanya... kita sepatutnya hidup cara aman, tapi mereka tu yang suka sangat main isu perkauman ni. Sekarang ni isu pekhidmatan awam jadi tempat lambak graduan melayu pula.

mereka mainkan isu bodoh ni, untuk tunjukkan mereka tu pejuang bangsa, sedangkan hanya warna-warna ditubuh 'pokko', yang cerdik buleh la nampak helah bodoh mereka tu.
yang bodoh, sampai ke tua tertipu.

elok juga hapuskan deb, ganti dengan program untuk bantu orang miskin lagi baik tak kira bangsa.. ni.. deb, satu alat untuk mengkayakan pat lima kerat melayu, yang bila dah kaya, mereka pun turut sama pijak melayu yang lain.

err.. takleh panjang-panjang, nanti kang, keluar perkataan-perkataan yang melampau macam pramugara tu...

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Amboii, nala punya gebang.

Yeop selamat kerana di Ipoh Yeop di kampung yang selamat. Lagipun Yeop baru merangkak.

Unknown said...

Salam tuan keng

Terima kasih kerana memberitahu sejarah yang menarik dan patut diingati ni...

Untuk orang2 yang sebangsa denganku...bukalah mata, bukalah hati dan bukalah minda...lihatlah di sekeliling kita...apo nak jadi ni ha....

shafarina said...

Tapi kat BTN, disebarkan cerita lain. Ditukar sejarah. Dibelitkan fakta.

Demi memastikan mereka masih memegang tampuk kerajaan.

ps: saya belum ada zaman tu. tapi sekarang ni bahang nya terasa juga.. jangan berulang dah

jinggo said...

sejarah mungkin berulang........
betul kata butaseni............
bahangnya dah terasa..........
masih boleh ditutup...........sapa pon taknak ia belaku......
tapi kalau dah melampau apa boleh buat.........
lagi tentang lagi lawan...........
allahhuakbar...........

Anonymous said...

info yg menarik dah. tetiba je darah ni naik (bukan hypertension! hehe) Orang melayu kena sedar dan tahu perkara sebenar disebalik segala macam putar belit nak menyelamatkan golongan-golongan tertentu. Sekarang ni DAP telah mula nak bermain2 api...

Anonymous said...

Dan sekarang dalam andaian mereka bahawa graduan yang berkelulusan rendah diserapkan ke jabatan kerajaan. Jadi akan berkata lagi maka, tak patut bagi gaji pegawai kerajaan dinaikkan.

Dan graduan Melayu yang ingin memasukki firma bukan melayu, apa yang diperlukan? Pandai berbahsa Mandarin. Tak boleh bertudung. Perlu untuk melayani pelanggan di karaoke. Perlu untuk bersosial. Perlu untuk tukar agama juga, mungkin!

Siapa yang jolok sarang tebuan akan disengat nanti. Bukan kata saya tapi kata pepatah.

Yang memulakan ini semua siapa? Barisan Nasional. Pilihanraya lepas menjadi slogan umum mereka, Memilih Pembangkang akan Membawa kepada Berulannya Mei 13. Sehingga ditayangkan di Tivi-tivi kejadian waktu peristiwa itu.

Intisarinya. Melayu itu bodoh dan suka diperbodohkan.

Terima kasih Tuan Keng kerana memaparkan peristiwa sebagai iktibar.

Anggun said...

Tuan,saya memang tak pernah tau kisah hartal ni..maklum, emak tengah tunggu ari nak lahirkan saya..Harap tuan teruskan penceritaan ini, buat mengimbas sejarah yang hakiki..serta mengambil iktibar..

sinaganaga said...

salam abang keng, salam juga untuk kak nor. sejahteralah.

encik mat ali zakaria (ex-photograper brb) nyaris kena pancung di kampung baru sebab muka dia macam Cina. :) rasanya, pak salim (ex-kerani brb) yang datang tolong...

itu cerita merekalah...

Queen Of The House said...

Very interesting. I sendiri tak tahu pasal hartal ni.

Tentang isu-isu lain, tak nak comment, tapi harap bangsa kita dapat melihat kelemahan sendiri dan betulkan di mana perlu. Tapi janganlah dijolok sarang tebuan kalau tak tahu macamana nak tangani tebuan mengamuk!

Di rumah, antara barang2 pusaka, ada banyak duit-duit lama sebegini. Gambar2 lama which my father took, are still in his safekeeping. They are very interesting if you love history.

dith said...

Keng,

Masaalahnya, pemimpin bangsa kita sendiri yang memberi laluan mudah bagi mereka sejak 20 tahun kebelakangan ini. Mereka sekarang memang berani dalam segala segi. Sekarang ni menteri kesihatan pon berani buat saranan yang berakarkan isu kaum. Saranan supaya semua graduan perubatan luar negara dari semua U walaupon yg diiktirafkan mengambil periksa semula adalah satu contoh jika kita fikir dalam.

*Berderau darah cek, nampak nama cek naik kali ni. Dalam entry yang sensitif pulak tu, :p. Teringat pulak cek pasai rumah cek di Batu Lanchang lane tu. Cek suka tempat tu. Cantik dan aman (kalau tak dak huru hara la!)

Anonymous said...

salamz
cume nk g tau saya dh tuka link
drusoft.net/zmilia kepada zmilia.com
k..tq..
:)

Pegawai Khalwat said...

Orang muda darahnya bergelora, orang tua kesabaran di dada.

Orang-orang tua di tempat saya pernah bercerita, sejak kes itu, wujudlah pelbagai kem di daerah Tanjung ini.

Baki-baki puak itu semuanya dihalau dan dikumpulkan dalam satu kem.

Saya amat yakin Tuan Keng, seburuk mana perpecahan kita, sejahat mana teraju kita, jika kita terusan dijolok, kita akan bersatu!

Itu adalah sifat orang kita yang saya rasa ramai yang nampak tapi tidak perasan.

Sebab itu mereka pilih tarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan selerak.

Porak-perandakan sesama kita. Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.

Jadi bila mereka bangkitkan pelbagai isu yang sensitif ini, bagus juga. Kerana mata yang dah nak terkatup ini bak disumbat cabai burung yang lumat.

Terima kasih pada Tuan Keng atas info ini. Kami orang muda (muda ka?) di Tanjung ini patut sedar dan sebarkan.

Hummm.... heran betul. Aku kalau komen blog keng mesti panjang berjela.

KakNi said...

Takutnya saya baca cerita Pak Keng ni....

Anonymous said...

gila nala seram sejuk bulu roma berdiri bila cek baca entry ni. mungkin kah ia akan berulang lagi?

Anonymous said...

Sekarang orang Melayu sudah takut kepada diri sendiri, jadi defensive. Itulah strateji mereka. Malaysia ni luas, boleh menampungi semua bangsa, tetapi bukan utk menukar coraknya menjadi cara lain. Teras kebudayaan Malaysia mestilah Melayu dan Islam.

Sedihnya org Melayu pun sudah naik angin, yg naik pangkat dan banyak wang tu dah tak mau jadi daripada golongan Melayu lagi. Kononnya mereka pandai, kaya tanpa berpaut kepada keMelayuan mereka. Lihatlah hal seorang 'starlet' yang mencaci isteri rasuluLlah. RTM mau gam dia tapi TV3 (Melayu/Islam juga) enggan begitu, barangkali sebab mereka Melayu progresif yg tak perlu cintakan ugama, hanya berugamakan pop yeh yeh saja.

AlhamduliLlah, kita yang tak berdaya masih boleh berdu'a.

Ku Keng said...

Assalamualaikum,

Nanti setelah modem saya diperbaikki, akan saya updatekan blog. Maaf.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Yang benar tetap saja benar dari pengalaman yang benar. Bentangkan sejarah walau pedih untuk disuarakan. Ia pembuka mata generasi baru, menyedarkan di mana letak diri, belajar menghargai kehidupan.

Walau ruang ini kecil untuk bersuara, kesannya besar. Namun lebih baik dari mereka-mereka di atas sana itu yang celupar sekali di meja sidang tapi pengecut untuk membentangkan kebenaran, dan penuh dengan agenda sejarah peribadi!

Gambar itu: mujurlah guna penyapu. Kalau guna vacuum cleaner?

Butaseni@Wan Raja said...

salam brader keng,
kenapa sepi tanpa berita?
rindu crita lu.hehe

zizie ali said...

mak cerita, masa tu mak nak pegi kl. tak jadi. sebab ada orang bergaduh kat kl.

Anonymous said...

salam Keng,

musim telah berarak. Semut semut yang melata di baruh mula berbondong bondong naik ke tiang pondok dan rumah kepok. Jika begitu berlaku maksudnya musim hujan sudah hampir benar. Lihatlah juga keluarga tempua, pagi petang memunggah jerami ke pucuk daun kelapa. takut benar mereka kebasahan kepak bila angin dan hujan kuat mengasak musim yang berarak.

begitulah Keng, musim datang dan pamit sedang engkau entah di mana, :).

Mak Su said...

assalamualaikum encik kukeng, maksu lahir 1969... rasa cuak juger ler... maksu harap kita semua sentiasa beringat-ingat.

blackpurple @ jowopinter said...

Saya belum lahir waktu itu.

Tapi itulah.. Kadang-kadang sejarah diputar belit untuk kepentingan 'lain'...

Pesanan Keramat said...

Buku "May 13" tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu tindakan bersepadu dari pelbagai sudut untuk menidakkan sejarah dan hak semulajadi orang Melayu ke atas tanahair semulajadinya, Tanah Melayu.

Melalui buku ini, mereka ingin merubah sejarah dan menthabitkan salah ke atas seorang pemimpin Melayu ulung yang telah memberi asas ekonomi, sosial, dan politik serta hubungan antarabangsa yang kuat untuk negara ini dan juga bangsa Melayu.

Kita harus berawas dengan usaha-usaha terancang dari dalam dan luar negara untuk merubah status-status - agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan Melayu sebagai hak penduduk asal yang di tindas berkurun2 lamanya dengan terancang, kedudukkan raja-raja Melayu sebagai locus standi untuk kesinambungan kepada perkara-perkara yang disebut sebelum ini, dan tidak kurang juga keamanan dan kemakmuran negara kita Malaysia.

Harap tuan/puan menyedari usaha kami Team Blog "13 Mei: Dari Kacamata Melayu" untuk mengumpul fakta dan hujah menjawab pembohongan dan putarbelit yang sedang dilakukan.

Ayoh bersama kami! Jangan kita mudah menjadi apologis menerima buta logik-logik jahat, tanpa memahami sejarah!

Syazwina Saw said...

Assalamu'alaykum,

Bukan niat untuk menidakkan 13 Mei. Sebagai seorang yang lahir hasil perkongsian hidup Cina-Melayu, saya juga tahu, peristiwa ini memang pernah menimpa kedua orang tua saya.

Tetapi (dan ini sekadar soalan yang dari seorang yang jahil sebenarnya) mengapa isu 13 Mei ini diungkit oleh Tuan Keng? Apakah yang sebenarnya terjadi untuk membangkitkan rasa tidak puas hati ini?

Bukan mahu menuduh, tapi sekadar mahu tahu. Saya sudah lama tidak berada di tanah air - sekadar memerhati dari jauh. Dan kerana kedua orang tua saya tidak menceritakan secara detail kisah hari berdarah itu (meskipun ayah saya boleh dikatakan telah 'Melayu' dan ibu saya memang bersemangat jati).

Dan satu lagi soalan: Apakah hukum hak keistimewaan Melayu dari segi Islam, yang pada dasarnya menyatakan bahawa kewarganegaraan itu adalah atas dasar aqidah?
Bukankah akta itu boleh dikatakan bersifat assobiyah?

Harap tuan sudi menjawab soalan saya. Saya memang tidak tahu dan kurang faham isu ini. Ibu (yang memang menyokong hak Melayu) pernah cuba menerangkan. Tapi mungkin hanya mereka yang melalui 13 Mei dapat menerangkan.

Wassalam.

Anonymous said...

Sampai mati pun kita jangan lupakan peristiwa ni. Bayangkan jika melayu tak mengamuk pada 13 mei tu..apa akan jadi pada bangsa kita??? DEB tiada..jadi apa yang kita ada?. Sedangkan sekarang ni pun mereka dah pijak bahu kita, kalau melayu tak mengamuk pada hari bersejarah tu, dah tentu kita sama je macam singapura..ingat!!! Singapura tu melayu punya suatu waktu dulu!!

Anonymous said...

Pulau Pinang bakal bertukar sebagai Singapura kedua tak lama lagi...akan datang negeri manalah seterusnya....
Wahai bangsaku, wahai anak jati malaysia...bangkitlah!!! kita dah lama sangat tertidur...
Walaupun berperang dalam politik jgnlah berperang satu Bangsa satu Agama.

Anonymous said...

Salam wat saudara ku keng..

Menyedari dan memperingati sejarah yang telah berlaku perlu bagi mengelakkan perkara yang sama berulang..

Namun acapkali hanya kita yang teringat2kan sejarah berdarah yang pernah berlaku di negara kita.. mengingatinya bukan kerana dendam kesumat tetapi sebagai peringatan segala2nya tak mustahil akan berulang kerana ikatan yang disimpul atas nama perpaduan terlalu mudah untuk dirungkai.

Apabila isu agama Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang melayu dipertikaikan dan kita seperti tidak mengambil peduli seolah kita mempunyai "kuasa besar" untuk menangani gelombang yang semakin lama semakin besar. Sedangkan ape yang harus kita lakukan ialah menangani isu2 yang masih kecil secermat mungkin, bukan membiarkan mereka berani melakukan demonstrasi dan forum secara terbuka..

Kepada tokey2 besar yang sebangsa, janganlah dok pulun kekayaan tu untuk kepantingan sendiri semata-mata. Fikirkanlah ape yang kita kan tinggalkan kepada anak2 bangsa yang x bernasib baik seperti tuan2.. Mampukah mereka untuk survive pada zaman di mana segala keistimewaan mereka dipertikankan?

Anonymous said...

dr British ke Jepun pastu ke Bintang 3 pastu ke British Pastu baru Merdeka...
sape yg merdekakan kita...???
ehem2... lu pikirla sendiri.
apa yg ada sekarang nih...???
sokong la artikel 153 perlembagaan malaysia...dan juga DEB... bagus nih bai...!!!
pasal tu la aku tak sokong pembangkang.
PKR - hanya nk bg anwar jd PM je, pastu xtau le nk buat pe da...
PAS - pada dasarnya bagus, keislaman..tapi, hanya jd boneka...xtau nk perintah tapi nk perintah, now is 2009...not 1950an...
DAP - ceh, ini xboleh pakai punya...selagi melayu n islam ada kat malaysia nih, diorg akan tentang n jatuhkan...boleh ke jd pemimpin nih??? korang dah lupa ke dulu pengerusi DAP tu...sape nama singh lumpuh tu ha...??? lupa plak...dia kata apa dulu...??? "Nak jadikan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, langkah mayat saya dulu." oi...!!! dah lupa ke...??? sama la dgn setiusaha DAP yg dah tua xmau mampos2 tu...sama je...sape ntah lg sorg cina DAP tu nama dia...aku lupa plak...yg kencing kat bendera Malaysia waktu 13 May dulu...??? sape weh...??? lupa sejarah ke weh...???
lupa ke...???jgn lupa sejarah la cik abang/kak oi...!!! bila minoriti jd pemerintah nnt hancur2...wanna be da 2nd singapore...??? no way!!! kalau azan dilarang diperdengarkan kelak...aku akan penggal si pembangkang dan penyokong2nya kelak...!!! aku warning ha...!!!
anwar tu...??? itu yg korg nk sokong...??? hahaha... aku gelak je la bro...korang tau ke apa yg dia sembang kat bdk2 US time dia jd lecturer kat sana...??? dia hina malaysia nih weh...hang xmalu ka...??? adoi2...kalau xcaya g la tya student2 malaysia kat US sana nun...yg study time dia jd lecturer dulu...dgr la weh dia gebang apa benda...bodoh btoi...!!! - Pendekar Mustar -