Powered By Blogger

Sunday, January 21, 2007

Perayaan dan Perayaan




Secara kebetulan atau memang ditakdirkan, proses untuk memupukkan semangat toleransi dan kesetiakawanan di bawah naungan Hadhari di Malaysia, menuju kejayaan.

Pada tahun lalu banyak perayaan yang dikongsi bersama dengan kaum Muslimin di Malaysia. Misalnya 'Eidulfitri dan Diwali. Hari sambutan Christmas pula bersamaan dengan minggu Hari Raya ‘Eidul Adha. Dan minggu ini pula, minggu sambutan Ardh Kumbh Mela bersamaan dengan hari sambutan Awal Muharram. Dan juga tak ketinggalan Hari Ponggal pada minggu lalu.

Dan untuk sambutan bukan sangkut paut dengan agama, kini di KL kami sibuk dengan sambutan Hari Flora sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Dan maaf yek, orang-orang Johor kerana tak dapat menjemput anda kalian ke KL untuk melihat acara bunga api yang begitu menarik sewaktu minggu pelancaran VMY ’07. Biarlah kami di KL merayakan kesemuanya bagi pihak sekalian penduduk Malaysia.

Penyambutan hari Ardh Kumbh Mela, juga ditetapkan berdasarkan kepada rukyah dan falak. Mengikut perkiraan, tepat waktu 1730 GMT pada January 7 lalu, matahari memasukki ruang Tropic of Capricorn, untuk menandakan kemasukkan waktu kedudukan matahari dan cakrawala yang berlaku hanya sekali dalam setiap enam tahun.

Mengikut kepercayaan agama Hindu, sewaktu berlaku peperangan antara tuhan-tuhan dan dewa-dewa jahat di bumi, telah tertumpah manisan dari cangkir atau buyung mereka, di kawasan Allahabad. Untuk mengingati hari ini maka penganut Hindu akan bertumpu ke Ganges, sungai yang paling tercemar di dunia, untuk menikmati apa-apa kemanisan yang masih berbaki di samping membasuh diri mereka dengan air Ganges untuk menghilangkan dosa-dosa mereka.

Dan dijangkan seramai 70 juta penganut Hindu akan merayakan Ardh Kumbh Mela di Ganges untuk sekaligus menyucikan diri mereka dari dosa.

Alangkah baiknya kalau 12 juta umat Islam di Malaysia juga mencari hari untuk berkumpul di mana-mana tempat yang sesuai untuk bertaubat. Sekali setiap 5 atau enam tahun. Acara ini boleh dinamakan JOM TOBAT! atau SURE TOBAT!

Bagaimana JPM tak mengarahkan ucapan selamat hari Ardh Kumbh Mela kepada penganut-penganut Hindu tak pula saya mengerti. Dan sekiranya ini dilaksanakan, mereka pula dapat mengucap balas selamat menyambut Muharram kepada kita.

Saya berharap Mufti Perlis dan Ketua Pengarah IKIM tak akan membantah perayaan bersama seperti ini.

"Hello.... hello ..... Swamiji. Ignore the circular from the shari'ah guy from Takaful Malaysia.

On behalf of IKIM, we wish you a happy Ardh Kumbh Mela."

"Accha Sab. Heppi moharem. Haardik Shubhkaamnaein Sab. Shakria Sab."



Saya amat tertarik dengan penjelasan Pak Malau tentang Hijrah.
Dan jangan lupa berpuasa Muharram.




Nota: Achha Sab. Heppi moharem. Haardik shubhkaamnaein Sab. Shakria Sab. = Yes sir. Happy Muharram. Best Wishes Sir. Thank you Sir.

17 comments:

Ordinary Superhero said...

Ya, program Jom Tobat tu Sure Gempaq!. Kat mana nak buat? Dataran Merdeka?

Nampaknya mufti muda tu makin glamer. Selalu dijemput ceramah oleh SIS.

sinaganaga said...

Ada satu dua perkara:

Pertama, bunga api boleh dilihat dari apartmen aku pada setiap malam, bang! It's free.

Kedua, Sg. Ganges tu penuh dengan abu mayat, rasanya.

Ketiga, slogan SURE TOBAT tu - ha ha ha... Tulah, aku dah kata, jangan baca blog aku - nanti jadi pak lawak jugalah akhirnya. Ha ha ha...

Kirim salam kepada Kak Nor - tak sempat belanja dia minum hari tu, alahai!

Pa'chik said...

progrem sure tobat tu, dalam jangka masa panjang, akan buleh jadik tak bagus.

buleh jadik macam confession dalam kristian saja.

Yeop-Harley said...

ayah keng

gambar tu macam kenal je...dulu musim bola dia sibuk telepon bookie...kini dia dah di sungai ganges... masih heavy smoker lah dia. swamiji..swamiji..

siape kak nor tu...syaya nak belanja minum jugak lah.

tok batin kata dia dah bertaubat buat perkara2 mungkar tapi yeop tanya niat solat taubat pun dia tak tahu...tok batin2. baik jadi macam swamiji je...

yeop...hari asyik hujan je tak de can nak ride.

Pegawai Khalwat said...

Sure Tobat tak boleh pakai Tuan Keng. Nanti DBP marah.

Jom Tobat boleh la.

Haha... makan dalam sungguh entri kali ni.

Unknown said...

Jadi Hantu Raya lagi bagus.........

panwalla said...

Ayoyo. Kongsi perayaan itu macam banyak muhibbahlah. hari hungry ghosts festival sempena dengan hari apa tuan? Boleh sama-sama kita raikan.

Unknown said...

Saya setuju benar weh gan rakan2 yang mengesyorkan agar kita guna JOM TOBAT. Pasti gempak. Buat le kat Stadium Putera Bukit Jalil ke, Dataran Merdeka ke. Boleh kita tengok mana lagi ramai orang pegi, kat JOM HEBOH ke kat JOM TOBAT. Hehehehehehehe

Unknown said...

Kalau raya kongsi2 ni yang bestnya bukan apa...cuti...hehehehehehehe

NATO said...

alkisahnye masyarakat majmu'... maka perayaannye majmu' le pulak... tau buat pandai... taubat tak reti...lumrah umat akhir zaman..

tuan tanah said...

Oh... Itu nama perayaan mandi ramai-ramai di Sungai Ganges tu rupanya...

dith said...

Keng,

Hati2 dgn saranan acara Jom Tobat anda itu, nanti sure dicop bida'ah dan kufr oleh the W*H*B* , :p

btw, swami tu modern sekali yek, handset di tgn kanan dan rokok di tgn kiri

Anonymous said...

Tuan Keng,

Tolong lekatkan amaran 18thn. keatas pada entri ini. Kerana anak saya hampir-hampir sawan melihat illustrasi pada entri.

Anonymous said...

erm... satu corak pemikiran yg agak kritis..wahana paradigma islam moden..

p/s: Keng, jom exchange link..kalau stuju, reply kt SangPelangi,k?

Sayuti said...

tuan keng,
i reserved my comment this time.
slamat tahun baru.

(hadir)

Anggun said...

Tuan Keng,

Geli pulak bila fikir mandi ramai2 kat Sg Ganges tu..sure air dia dah pekat melekit..hish..

Jom Tobat..satu 'tag' yang cantik tu..saya sarankan tuan keng cadang kat Datuk Farid Ridzuan..pas tu compete..TV3 Sure Heboh..TV9 Jom Tobat..amacam?

Unknown said...

Cantik betul cadangan cik anggun tu...kita tengok tv mana punya rating paling tinggi. Hari tu sibuk mawi & Ina vs Datuk Siti & Datuk K. Hehehehehehe